Famili

6 Cara Mudah Bersihkan Botol Susu Supaya Tak Berkerak Dan Bau Masam

3.9K
SHARES
Foto Kredit : tesco-baby.com

Tidak kira sama ada anda memberi anak minum susu formula atau susu ibu, penggunaan botol susu memang tak boleh dielakkan. Bila sudah menggunakan botol susu pastilah ia perlu dicuci dengan betul sehingga bersih.

Tahukah anda, kalau botol susu tersebut tidak dicuci dengan betul, ia boleh membiakkan bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti sakit perut atau gastroenteritis. Ia sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa anak anda. Jangan main-main ya!

Jadi, ibu dan ayah janganlah malas mencuci botol susu anak. Jangan disebabkan hendak cepat, anda hanya cuci botol susu dengan air paip sahaja.

Pastikan ia betul-betul dicuci dengan bersih menggunakan peralatan yang bersesuaian. Kemudian jangan malas untuk mensterilkan kesemua peralatan sebelum digunakan.

Pastikan botol susu anak anda bersih selagi anda memberikan anak susu menggunakan botol. Kerak dan bau masam susu sering melekat pada botol anak anda.  Jom ikuti 6 cara sebagai panduan kepada ibu bapa untuk  bersihkan botol susu anak.

6 Cara membasuh botol susu anak agar tidak berkerak dan berbau masam.

1. Bilas dengan air panas

58e2f3c3-1a53-463d-95f8-e37e8ecbb281

Foto kredit : livestrong.com

Letakkan semua botol, puting susu dan penutup yang telah dibilas ke dalam air sabun yang panas. Basuh dengan sempurna supaya kesan susu hilang. Lakukan proses ini secepat mungkin selepas penyusuan, sebelum susu boleh mengering dan menjadi kerak.

2. Cuci dengan berus botol khas

image001

Foto Kredit : newkidscenter.com

Gosok bahagian dalam botol tersebut dengan berus khas botol untuk menghilangkan semua kesan susu. Gosok dengan cermat di sekeliling atas botol serta di jalur pemutar penutup botol.

Jadi lebih teliti ketika mencuci puting susu untuk memastikan semua ketulan susu betul-betul tanggal.

3. Bilas dengan Garam

01-over-60-ways-to-use-salt-table-salt

Foto Kredit : rd.com

Sapukan garam di bahagian dalam puting susu dan gerakkan ke sekeliling dengan cara memicit dan mengurut hujungnya. Cara ini membantu mengikis dan mengasingkan kesan susu yang melekat.

Selain itu, boleh letakkan satu sudu garam ke dalam botol susu yang kotor kemudian letak sedikit air  dan goncangkannya. Ia membantu untuk menghilangkan kesan kerak dalam botol dan bau masam susu.

4. Guna pin

Bilas botol, puting susu dan peralatan lain dengan sempurna di bawah air yang mengalir. Anda juga boleh gunakan pin untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu.

5. Buang botol yang retak

Periksa puting dan botol dengan baik dan buangkan ia jika sudah retak, rekah dan pecah. Bakteria boleh membiak di permukaan yang rosak dan terus bertahan hidup walaupun sudah melalui proses pembersihan dan pensterilan.

6. Bersihkan botol selepas digunakan

6dd5f749-fe21-4fcb-96f4-bbfc64289456

Foto Kredit : livestrong.com

Pastikan anda membilas botol susu tu setiap kali digunakan. Ia akan menghalang bekas susu lama dan kotoran terkumpul di dalam botol susu tu . Semakin lama botol tersebut dibiarkan tidak dicuci, semakin susah kerak susu hendak dihilangkan.

Bahagian paling penting yang perlu sentiasa dibersihkan ialah puting botol. Jika putih botol anak anda semakin kuning atau semakin lembik, anda perlu menukarnya.

Jadi, ibu bapa perlulah sentiasa peka dalam isu kebersihan yang melibatkan barangan yang digunakan anak-anak. Ia bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang jangkitan kuman atau penyakit yang disebabkan kecuaian anda sendiri.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×