DIY & Kraf

6 Cara Jaga Aircond Kereta Supaya Kekal Sejuk, Pasti Menjadi & Tak ‘Berkuap’!

6
SHARES

Sistem penyejukan atau aircond kini seolah-olah menjadi ciri mandatori yang mesti ada pada setiap kereta. Sudah tentu dengan aircond di dalam kereta membuatkan rasa sejuk dan lebih selesa ketika memandu setiap hari, terutama dalam keadaan cuaca di negara yang cukup panas dan lembab.

Mungkin sesetengah berfikir bahawa jika penghawa dingin tidak sejuk mungkin disebabkan gas aircond sudah habis atau kurang dan perlu ditambah masalah akan selesai. Ketahuilah bahawa gas pada aircond kereta tidak akan habis dengan mudah untuk jangka masa yang lama. Ini mungkin disebabkan adanya kebocoran pada hos atau saluran sistem aircond itu sendiri.

Baca juga: “Ajar Anak Seperti Hamba”- Ketahui 3 Peringkat Didik Anak Supaya Tak Mudah Naik Kepala

Berikut merupakan 6 tips mudah menjaga penyaman udara kereta:

1. Mengekalkan kebersihan di dalam kereta.

Pastikan keadaan dalam kereta anda sentiasa bersih daripada kotoran habuk dan debu, keadaan ruang kabin yang kotor. Berhabuk dan berdebu boleh menjejaskan kebersihan penghawa dingin kereta kerana kotoran dan habuk boleh melekat terus ke dalam ruang kabin kereta. Antara part yang menggunakan fabrik seperti seat kereta pastinya sangat mudah untuk terjejas dengan kotoran.

2. Elakkan membuka cermin kereta apabila penghawa dingin dihidupkan.

Jangan memandu kereta dengan keadaan tingkap yang terbuka luas, terutama ketika aircond sedang dihidupkan.

3. Elakkan merokok dalam keadaan aircond kereta sedang beroperasi.

Jika anda ingin merokok di dalam kereta, silalah mematikan penghawa dingin terlebih dahulu dan membuka tingkap supaya asap rokok keluar dan tidak terkepung pada ruang dalam kabin kereta.

4. Bersihkan kondenser aircond kereta.

Cubalah untuk melakukan penyelenggaraan tetap dan berjadual pada komponen kondenser, juga bersihkan kondenser apabila anda mencuci kereta untuk menghilangkan habuk dan kotoran yang dapat menyebabkan kebocoran dan hakisan.

5. Bersihkan penapis atau filter.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga dan membersihkan penapis kabin. Lakukan penyelenggaraan dengan melakukan servis di servis penyaman udara kereta. Adalah digalakkan untuk menggantikannya, jika anda rasa perlu melakukan penukaran penapis kabin secara berjadual.

6. Sentiasa lakukan servis tetap berjadual kepada penyaman udara kereta.

Dengan melakukan servis tetap pada aircond ianya juga akan memudahkan anda melakukan penyelenggaraan dan penggantian pada part komponen bahagian-bahagian pada sistem penghawa dingin kereta anda.

Sumber: RodaHonda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×