40 Minggu

5 Tips Kekalkan Tenaga Si Ibu Yang ‘Breastfeed’ Supaya Boleh Puasa Dengan Lancar!

140
SHARES

Tidak lama lagi kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan iaitu bulan dimana semua umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Tidak ketinggalan juga bagi para ibu yang sedang menyusukan atau bakal menyusukan anak pada bulan Ramadan kali ini. Seringkali bermain di fikiran kita tentang cara untuk mengekalkan stamina ketika berpuasa dan dalam masa yang sama menyusukan anak. Kuat atau tidak stamina kita untuk bekalkan susu kepada anak ketika si ibu berpuasa?

TIPS BERPUASA BAGI IBU MENYUSU

1. MAKANAN WAJIB MAKAN

Waktu sahur, ambil makanan yang berat seperti nasi dan WAJIB makan kurma untuk bekalan tenaga yg lebih lama. Dan berusahalah untuk sahur pada masa yg lewat seperti dianjurkan supaya ibu tak terlalu lapar.

2. WAKTU PAM SUSU

Selepas sahur (sebelum masuk subuh), boleh mengepam untuk sesi pertama. Dan sekiranya ada masa lagi sebelum azan, minumlah segelas air suam selepas mengepam. Sesi mengepam lakukan macam biasa waktu bekerja (3-4 jam sekali). Disebabkan Kak Nad balik kerja pukul 2pm, jadi Kak Nad hanya mengepam 2x di tempat kerja. Bila balik rumah, sekiranya betul-betul tak larat, boleh berikan EBM kepada baby (dengan bantuan suami atau orang lain).

3. MAKAN KURMA DAHULU UNTUK BERBUKA

Masuk waktu berbuka, makanlah kurma dahulu kerana kurma memberikan tenaga yang lebih cepat.

4. MINUM AIR YANG MENCUKUPI

Minum air yang mencukupi pada waktu malam untuk menggantikan bendalir dalam badan yg telah digunakan. Bawa botol air sentiasa (sambil tengok tv/letak tepi katil) supaya mommies ingat sentiasa untuk minum. Ini adalah penting untuk pastikan bekalan air dalam badan mommies mencukupi sewaktu berpuasa keesokan hari.

5. Boleh mengepam pada waktu malam untuk bekalan stok keesokan hari.

Dan ingatlah mommies tentang satu perkara: kalau susu mommies DROP sebenarnya bukanlah disebabkan faktor mommies berpuasa tu. Tapi disebabkan mommies rasa letih terutama bila baru nak mula berpuasa dan menyebabkan hormon oksitosin (salah satu hormon susu) juga drop.

*Jadi sangat penting untuk mommies kekal bertenaga, bersahur, minum air yang mencukupi sepanjang malam & kurangkan pengambilan makanan-makanan yang akan mengurangkan air dalam badan seperti; kafein, makanan yang terlalu berminyak, dan makanan pedas.

Sumber : Feed by Ummi Najla

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×