Baik ibu bekerjaya mahupun suri rumah, anda mesti rasa mustahil untuk mempunyai rumah dengan suasana tenang dan harmoni jika mempunyai anak kecil kan? Haa.. Sebenarnya boleh tau!
Ada beberapa cara yang boleh diikuti supaya rumah anda menjadi lebih tenang tetapi dalam masa yang sama, anak-anak masih diterapkan dengan nilai-nilai murni malahan tinggi adabnya. Jom kita tengok!
1. Bina struktur untuk semua aktiviti anak anda
Pelbagaikan aktiviti anak anda dengan 3 kategori permainan iaitu permainan berfungsi, permainan membina dan permainan olok-olok.
Rasa ingin tahu dan imaginasi kreatif kanak-kanak akan membuatkan mereka bermain tanpa mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga kategori ini.
2. Tukar perkara negatif kepada positif & membangun
Tidak semua perkara jadi seperti yang dirancang. Seringkali terjadi di mana anda sudah berjanji akan membawa anak-anak ke tanam tetapi tiba-tiba hujan.
Jelaskan dengan mudah kepada anak anda mengapa sesetengah perkara perlu dibatalkan. Cuba sibukkan mereka dengan aktiviti lain supaya anak tidak berasa sedih.
3. Terapkan adab sopan dalam diri anak
Biasakan anak anda untuk sentiasa menyebut perkataan “tolong” ketika hendak meminta bantuan dan ucapkan “terima kasih” jika dibantu. Tabiat murni ini akan sebati dalam diri anak anda dalam jangka masa yang panjang.
4. Kembangkan skil & asah bakat anak
Perhatikan minat anak dan berikan kebebasan kepada anak untuk mengeksplorasi minat mereka. Tapi, ibu bapa harus bimbing dan beri dorongan sepenuhnya. Elakkan memaksa anak-anak untuk pelajari sesuatu yang ibu bapa suka.
Anda digalakkan untuk beri mereka peluang untuk mencuba tetapi harus mengambil kira minat mereka juga. Sebagai contoh belajar musik, sukan, belajar bahasa asing dan lain-lain.
5. Bertenang & sentiasa berkomunikasi
Sekiranya apa-apa kejadian berlaku, ibu bapa hendaklah bertenang dan sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak memendam perasaan.
Ketika berkomunikasi, eye contact memainkan peranan penting! Melalui eye contact, anda dapat tahu emosi dan memahami emosi anak. Bukan hanya sekadar melihat dan mendengar tetapi juga untuk memahami ye!
Tahukah anda pemakanan juga penting dalam pembentukan kanak-kanak?
Perkembangan positif minda, fizikal dan rohani anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa yang positif akan membesarkan anak-anak untuk jadi lebih bersedia di masa hadapan.
Sebab itulah ibu bapa boleh memberikan Si Manja Dumex Dugro NextGen NUTRI untuk menyokong keperluan nutrisi pemakanan sehariannya.
Dugro® memberikan nutrisi untuk anak-anak dengan kebaikan di dalam setiap gelas! Ini kerana formulasi terbaru* Dugro® NextGren NUTRI mengandungi bukan sahaja DHA Tertinggi** malah nutrien penting seperti tinggi Zat Besi, Vitamin C,Kalsium, Vitamin D, Vitamin A dan Vitamin E. Semua ini untuk menyokong keperluan nutrisi Si Manja NextGen.
*Berbanding dengan formulasi Dumex Dugro®️ pada tahun 2011
**Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/kg), nielsen syer >9% sebagaimana pada januari 2020.
Anda boleh dapatkan sampel percuma dengan hanya klik di SINI. Bolehlah cuba dulu pada anak-anak dan lihat sendiri hasilnya!Yang paling penting,ianya disahkan halal oleh JAKIM! Jadi, usah ragu dan risau. Dapatkan Dugro® NextGen NUTRI hari ini!
Anda juga boleh beli susu Dugro® NextGen NUTRI dengan promosi terbaru. Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan koleksi Bantal Comel Dugro® di pasaraya dan kedai runcit terpilih di seluruh negara sementara stok masih ada. Ketahui lebih lagi klik di SINI