DIY & Kraf

5 Teknik Guna Email Macam Orang ‘Pro’, Ramai Yang Tak Tahu!

2
SHARES

Penggunaan email dalam kehidupan seharian sememangnya sangat berguna dan penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja di pejabat. Hal ini kerana hampir semua hal perlu diselesaikan melalui email sehingga menyebabkan beberapa kesalahan dilakukan tanpa sengaja.

Justeru, berikut merupakan 5 teknik guna email macam profesional yang ramai tak tahu. Memang lebih jimat masa, mudah dan tak ada lagi masalah tersalah hantar dan sebagainya. Nak tahu macam mana?

Baca juga: Cara Setting Di Facebook Untuk Elak ‘Di-Tag’ Kandungan Tak Senonoh

5 TEKNIK GUNA EMAIL MACAM ORANG PRO, RAMAI YANG TAK TAHU

1. Cara undo email yang dah hantar

Sebenarnya tiap kali kita send emel, mmg button “undo” tu akan keluar. Tapi kita boleh setting supaya button “undo” tu appear lebih lama.

Caranya:

1. Klik setting icon (top right)

2. Klik settings > General

3. Klik “undo send”

4. Pilih “30 seconds”

So lepas ni lepas klik send je, kalau rasa macam tak sedap hati, boleh click undo terus.

2. Cara schedule your email

Kadang kita ni bila teringat nak emel je tiba-tiba dah malam. Takkan nak emel luar office hours kan. Kita sebenarnya boleh set nak hantar emel tu jam berapa & tarikh bila. Tapi macam mana?

Caranya:

1. Klik compose, dekat sebelah butang send to ada 3 titik.

2. Klik 3 titik tu & pilih “Schedule Send”

3. Pilih tarikh & masa yang dikehendaki.

Feature ni bagus gila sebab korang boleh pilih untuk send waktu yang recipient ada big possibility untuk bukak email tu. Contohnya kalau nak send cover letter ke resume ke. Schedule lah awal pagi.

3. Cara guna shortcuts

Kalau kita pandai guna shortcuts, memang boleh jimat banyak masa. Nak insert link, add cc etc jadi sangat pantas.

Caranya:

1. Klik settings > All Settings > General

2. Keyboard shortcuts, klik “on”

4. Cara snooze email 

Kalau kita tengah sibuk or ada emel yang bukan priority, kita boleh snooze je sampai bila-bila yang kita nak.

Caranya:

1. Klik 3 dot dekat top right

2. Pilih sampai bila kita nk snooze

Nanti emel tu akan muncul balik dekat date yang kita set. So tak adalah terganggu kan?

5. Cara search emel

Kadang-kadang tu macam susah betul nak cari emel yang kita nak kan. Next time buat mcm ni.

Dekat serach box boleh taip ni untuk mudahkan search emel lama:

– has:attachement

– from:fezzahussin or to:hr untuk cari person

– after:x or before:x untuk cari ikut tarikh

– size:x untuk cari large emel

Kalau cari macam ni, memang lagi mudah. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter Fezza Hussin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×