Asuh

5 Tahun Sukar Bernafas, Disangkakan Asma Rupanya Tekak Tersekat Mainan Plastik!

3
SHARES

Membiarkan anak-anak bermain seorang diri dengan alat mainan bukannya semua selamat. Hal ini kerana khuatir akan mencederakan diri sendiri atau tertelan benda-benda yang tidak disangka. Bahaya tu!

Baca juga: Bantu Sahabat ‘Istimewa’ Buka Tali Pinggang Untuk Buang Air, Telatah Murid Ini Dapat Pujian

5 TAHUN SUKAR BERNAFAS, DISANGKAKAN ASMA RUPANYA TEKAK TERSEKAT MAINAN PLASTIK!

Bagitu juga dengan kejadian apabila seorang kanak-kanak lelaki berasal dari Adelaide, Australia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan mainan plastik yang tersekat di dalam tekaknya selepas lima tahun mengalami batuk serta kesukaran untuk bernafas.

Menurut laporan Daily Mail, difahamkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu sebelum ini telah didiagnos dengan penyakit asma serta alahan, namun sejak Disember lalu batuk yang dialami olehnya itu semakin serius sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

TAK SEDAR ‘KEWUJUDAN’ MAINAN PLASTIK TERSEBUT

Foto: Mainan yang dikeluarkan selepas pembedahan.

Ketika dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor pakar bedah telah berjaya menemui mainan yang tersekat di tekaknya. Apabila ditanya sama ada dia menyedari atau tidak mengenai ‘kewujudan’ mainan itu, kanak-kanak berkenaan mengatakan bahawa dia tidak merasakan apa-apa.

Walau bagaimanapun, si ibu memaklumkan anaknya mengalami batuk ketika sedang makan dan lama-kelamaan dia akan batuk selama beberapa jam. Malah, kanak-kanak itu tidak dapat bermain bola keranjang dan bola sepak dengan baik kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.

Contoh mainan.

Setelah doktor menemui punca sebenar, wanita berkenaan pada mulanya agak terkejut, namun berasa lega. Oleh kerana itulah, dia turut berpesan bahawa ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak walaupun ketika bermain.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×