Famili

5 Selebriti Yang Bergelar Ibu Pada Usia Muda, No 5 Tu Paling Tak Sangka!

Cantik, bergaya, muda dan berjaya. Ini adalah muda perkataan yang boleh menggambarkan 5 orang wanita dan ibu muda yang merupakan antara selebriti yang berjaya di Malaysia. Membuat keputusan untuk berkahwin dan berkeluarga pada usia yang mudah bukan menjadi penghalang untuk mereka teruskan minat dalam bidang masing-masing. Bukan itu sahaja, kalau kita tengok mereka, mesti tak sangka yang mereka sudah berkahwin dan dah ada anak pada usia 20-an!

1. Hanis Zalikha

Siapa yang tidak mengenali selebriti yang bernama Hanis Zalikha ini kan? Bukan sahaja seorang pelakon, pengacara dan usahawan, beliau juga merupakan ibu muda kepada seorang anak lelaki yang bernama Yusuf Iskandar. Bukan itu sahaja, populariti anak lelakinya yang bakal menginjak ke umur 2 tahun ini sudah menjadi antara bayi yang paling popular di Malaysia.

2. Diana Danielle

www.instagram.com/dianadanielleb

Merupakan salah seorang pelakon yang mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air, ibu cantik yang bernama Diana Danielle ini sebenarnya sudah mempunyai 2 orang anak yang sangat comel! Baharu sahaja berumur 26 tahun, beliau merupakan ibu kepada Muhammad dan Aurora. Tengok cara Diana Danielle ni tak sangka dah kahwin tau!

3. Amyra Rosli

www.instagram.com/aamyrarosli

Salah seorang lagi pelakon yang popular di negara kita, siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Amyra Rosli. Baru sahaja berumur 26 tahun, ibu mudah ini sudah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Aqeef Anaqi. Comel betul! Masih tak sangka kalau tengok rupa Amyra Rosli ini yang masih kelihatan seperti anak dara.

4. Ameera Zaini

www.instagram.com/ameerazaini

Merupakan pengacara, usahawan dan selebriti media sosial, Ameera Zaini adalah salah seorang ibu muda yang mendapat perhatian ramai. Mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Mateen, yang juga mempunyai banyak pengikut di laman media sosial seperti ibunya. Mana lagi nak tumpah kuah kalau bukan ke nasi kan?

5. Tya Ariffin

www.instagram.com/tyaarifinnw

Mungkin ini adalah nama terbaharu yang berlegar-legar di mulut orang ramai kan? Siapa yang tidak mengenali anaknya yang cilik dan comel iaitu Arif Jiwa. Ibunya yang bernama Tya Ariffin ini sebenarnya baharu sahaja berumur 23 tahun! Cantik betul ibu muda ini yang juga merupakan menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid Jiwa.

*Muda-muda dan cantik semuanya!

Yang Popular

To Top