Sebelum membeli perkakas elektrik terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu bagi memastikan barangan elektrik tersebut selamat digunakan dan berfungsi dengan baik. Bukan apa barangan elektronik ni jika salah pilih boleh menyebabkan litar pintas dan sebagainya. Bahayakan?
Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh anda aplikasikan sebelum membuat sebarang pembelian. Jadi jangan terburu-buru ye. Ikut langkah-langkah dibawah. Ini akan membantu anda membuat pilihan yang bijak.
APA FUNGSI PRODUK! SILA BACA ARAHAN!
Pertama! Sebelum membeli barangan elektrik sila pastikan anda tahu bagaimana ia berfungsi. Jangan main tekan je suis yang ada sebaliknya sila baca arahan yang disediakan di dalam buku panduan. Perkakas elektrik selalunya ada cara penggunaan yang tertentu.
Ha! Sebagai contoh ketuhar. Ia ada pelbagai setting! Especially, pengawalan masa dan suhu. Jadi jangan salah ye semua. Sebab ketuhar ada banyak cara penggunaannya bergantung kepada jenis masakan yang ingin disediakan. Kalau dah faham macam mana nak gunakan perkakasan tersebut barulah buat pembelian tau! Kita kan pengguna yang bijak!
REVIEW TERHADAP PRODUK.. BAGUS KE TIDAK?
Sekarang kan banyak orang buat review. Anda boleh survey dulu di internet jenis dan jenama produk yang anda mahu. Jadi selepas anda dah survey produk yang anda nak beli jangan sesekali terus beli.
Apa yang anda perlu lakukan ialah lawat laman website rasmi perkakasan yang anda ingin beli dan lihat komen dan pendapat mereka yang dah beli dan gunakan perkakasan tersebut. Boleh tengok review produk di Youtube jugak! Ini akan bantu anda untuk buat pilihan yang lebih baik. Barulah tak tersalah beli nanti.
JANGKA HAYAT PRODUK & KETAHANANNYA!
Jangka hayat untuk barangan elektrik berfungsi dengan baik adalah salah satu perkara yang perlu anda ambil tahu. Selalunya bila kita pergi beli produk, promoter tu akan bagi tahu fungsi, promosi dan kelebihan produk. Jadi masa dia tengah terangkan tu, anda tanyalah dia berapa lama perkakasan tu boleh berfungsi dengan baik.
Selalunya dia akan bagi anggaran tempoh penggunaan. Dari situ anda bolehlah nilai jangka hayat dan ketahanan perkakasan tersebut terutama kalau guna hari-hari macam seterika dan kipas. Ini wajib tanya! Sebab ada setengah perkakasan elektrik memang direka khas untuk kegunaan harian.
BANDINGKAN HARGA DENGAN KUALITI PRODUK!
Pengguna yang bijak akan membuat perbandingan harga. Jangan buat pembelian membabi buta! Lihat dulu sama ada harga tersebut setimpal dengan faedah yang anda terima. Sesetengah kedai akan berikan anda servis yang baik misalnya, dengan memberikan diskaun atau bayaran bulanan tanpa faedah.
WARANTI!! INI WAJIB ADA!
Beli perkakas elektrik untuk kegunaan harian memerlukan ketelitian. Ia haruslah berfungsi dengan baik selain, heavy duty. Tapi, malang tak berbau bukan? Mungkin sahaja perkakas elektrik di rumah anda boleh rosak kerana litar pintas dan sebagainya. Sebab tu kalau nak beli apa-apa barangan make sure ada waranti.
Jangan ambil mudah tau! Waranti boleh bantu anda untuk gantikan kembali perkakasan elektrik yang dah rosak dengan percuma! Tapi waranti tak bolehlah tamat tempoh. Ha! Sebab tu Senheng buat kempen! Kempen kesedaran RWD iaitu Replacement Warranty Day Campaign.
Dengan Hanya RM1 anda boleh extend waranti anda. Ye dengan RM 1! Anda kini boleh menikmati waranti extra selama 1 tahun lagi dengan hanya RM 1.
FIRST DAY OF THE MONTH! NIKMATI WARANTI SELAMA 2 TAHUN!
Apa yang best tentang kempen RWD ini ialah setiap barangan yang anda beli dengan harga RM 500 dan kebawah pada hari pertama bulan Disember ini, akan nikmati waranti selama 24 bulan atau 2 tahun dengan hanya bayaran tambahan sebanyak RM 1. Dahsyatkan?
Siapa sangka dengan hanya RM 1 anda boleh dapat waranti selama 2 tahun. Jadi bagi anda yang tengah survey nak beli ketuhar, mesin pengisar makanan, kipas dan pelbagai lagi kena singgah Senheng sebab Senheng je yang bagi anda tawaran yang hebat macam ni.
TAWARAN TERHAD! SETIAP BULAN SEKALI SAHAJA!
Wah! tak lama lagi 1 Disember ni! Jadi apa lagi yang anda tunggu. Jom singgah Senheng dan dapatkan skim waranti 24 bulan ni. Inilah satu hari yang anda hanya perlu spend RM 1 untuk pastikan pada masa akan datang kalau barangan elektrik anda rosak, anda masih boleh bernafas dengan lega kerana semua kerosakan telah dijamin oleh waranti. Bestkan?
Jadi kalau lepas ni perkakasan elektrik anda rosak pun dah tak risau lagi. Janji ada waranti! Semuanya akan baik-baik sahaja. Sebabnya perkakasan elektrik yang dah rosak tu boleh diganti dengan yang baru. Jadi kena la dapatkan extra waranti ni sekarang jugak di Senheng! Yup betul tu! Hanya di Senheng sahaja! Tapi tawaran ni hanya untuk pemegang kad PlusOne. So, kena la singgah Senheng jadi ahli kemudian dapatkan tawaran yang awesome ini!
** Tertakluk pada terma & syarat
https://www.facebook.com/SenhengMY/?fref=ts