Famili

5 Momen Terindah Yang Tak Boleh Dilupakan Setelah Menjadi Ibu Bapa, Masih Teringat Tak?

12.9K
SHARES

Buat pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata, pasti rasa gembira dan bersyukur. Anda sebagai ibu bapa, mesti nak abadikan kenangan terindah bersama anak-anak. Sehingga hari ini, masih terimbau momen bersama mereka bukan? ?

Kredit: Instagram @atiqahfazleen

Banyak momen indah apabila baru menjadi ibu bapa ni. Bermula dari kecil sehingga mereka semakin dewasa. Adakala tersenyum melihat telatah anak-anak. Ini antara momen terindah apabila mula bergelar ibu bapa. Jom tengok.. ?

Anak baru lahir, terus nak dukung dan cium

Setelah mengandung selama 9 bulan, sampai masa untuk melahirkannya. Anda pasti tak sabar melihat anak buat pertama kali. Bila pertama kali melihat anak, ini yang orang kata, cinta pandang pertama. Hihi.

Anak mula cakap ‘papa’ dan ‘mama’, terujanya!

Kredit: Instagram @atiqahfazleen

Ma..ma..Pa..pa..” Panggilan itu sangat indah didengar di telinga mana-mana ibu bapa. Sangat bahagia bila pertama kali dengar anak mula bercakap. Dengar banyak kali pun tak apa! Betul tak?

Anak mengatur langkah pertama, tatih, tatih!

Tatih.. Tatih..” Biasa dengar bukan? Bila anak anda dah berumur setahun, mereka akan cuba untuk mengatur langkah mereka buat pertama kali. Waktu ni anda pasti sangat teruja tengok anak anda berjalan.

Anak sambut hari jadi, seronok dapat tiup lilin kek

Kredit: http://penselduabee.blogspot.com

Paling tak boleh lupa, bila buat majlis hari jadi yang pertama untuk anak. Muka anak nampak gembira betul bila nampak kek dan hadiah. Mereka pun seronok. Kalau anak gembira, anda pun turut gembira bukan?

Anak mula melangkah ke sekolah, belajar rajin-rajin ya

Pejam celik, pejam celik, tengok anak dah mula sandang beg sekolah. Bahagia bila tengok anak mula melangkah ke sekolah untuk menimba ilmu. Jangan lupa pesan mereka untuk belajar rajin-rajin ya.

Wah, bahagia sungguh! Itu antara momen terindah yang paling tak boleh dilupakan bila mula menjadi ibu bapa. Banyak lagi sebenarnya. Kalau boleh, nak rakam semua. Boleh simpan untuk dijadikan kenangan. Setuju tak?

Nak rakam momen terindah dengan anak, pakai Sony Handycam FDR-AXP55

Anda pasti tak mahu terlepas semua kenangan tersebut bukan? Sayangnya kalau momen terindah macam tu tak dirakam dengan cantik. Kalau nak rakam momen terindah tu dengan lebih cantik dan bagus, guna Sony Handycam FDR-AXP55. Memang pilihan tepat! ?

Reka bentuk Sony Handycam FDR-AXP55 nampak cool! Bila pertama kali tengok, terus jatuh hati. Mulalah teringin nak jadikannya sebagai teman setia anda bila ke mana-mana. Kalau buat rakaman, kualiti gambar sangat memuaskan. Boleh tengok contoh kat bawah. ?

Semua gambar sangat cantik dan jelas. ? Kualiti gambar memang terbaik. Nak tahu kenapa boleh dapat kualiti gambar yang cantik macam ni? Sebab banyak fungsi menarik pada Sony Handycam FDR-AXP55. Antara fungsi menarik tersebut ialah:

  • Kualiti gambar lebih menakjubkan dengan rakaman 4K Ultra HD (3840 x 2160).
  • Kurangkan goncangan imej dengan Balanced Optical SteadyShot™.
  • Kanta sudut lebar ZEISS Vario-Sonnar T* 26.8mm yang menangkap scene dengan lebih tepat.
  • Boleh zoom lebih jelas dengan Zum Optik 20x dan Zum Imej Jernih 30x/40x (4K/HD).
  • Kualiti bunyi yang advance, mengekalkan objek dengan sharp focus yang terbaik.
  • Rakaman full HD 100fps berkelajuan tinggi untuk scene yang slow-motion.

Kami telah merakam banyak benda dengan # Sony4K #Handycam # AXP55 semasa hari keluarga kami di i-City, saya harap saya dapat kongsikan beberapa momen ketika Kenzo dan Xander bermain yang paling saya suka. Lihat video di bawah untuk tengok mereka semua! #Handycam ni sangat senang digunakan, tak sabar nak tunjuk waktu berharga keluarga saya dengannya. Nantikan!

– Emma Shazleen –

Cuba anda tengok video daripada review yang instafamous, Emma Shazleen beri sewaktu menggunakan Sony Handycam FDR-AXP55. Terbukti yang Sony Handycam FDR-AXP55 mudah digunakan. Sangat recommended! ?

Haa.. Dah terpesonalah tu. Paling penting, mesra pengguna tau. Untuk info lebih lanjut, boleh klik di sini. Selepas ini bolehlah guna Sony Handycam FDR-AXP55 untuk rakam momen terindah dengan anak-anak. Yay!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×