Asuh

5 Jenis Produk Kecantikan Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan Oleh Ibu Menyusu Badan

30
SHARES

Wanita sememangnya dilahirkan mempunyai sifat suka untuk berhias. Rasanya kalau tak pakai bedak pada wajah tak lengkap penampilan setiap hari. Apa yang pasti penampilan perlu sentiasa dijaga! Setuju tak?

Begitu juga selepas melahirkan zuriat, pastinya para ibu bersemangat untuk mengembalikan bentuk badan yang ramping, merawat wajah yang kusam, rambut yang bersinar dan sebagainya. Barulah suami sayang katanya!

Produk kecantikan membahayakan

Foto: TheAsianParent

Tapi, tahukah anda bahawa ibu yang menyusu bayinya tidak boleh menggunakan produk kecantikan yang tertentu? Ini kerana, produk-produk tersebut boleh membahayakan serta menjejaskan kualiti susu ibu.

Sebenarnya, apabila seseorang ibu menyusu badan, bahan kimia dalam sesetengah produk kecantikan boleh menyerap masuk ke dalam susu sekaligus membahayakan si manja anda. Jom semak 5 jenis produk kecantikan yang selamat dan tidak selamat untuk digunakan ketika menyusu bayi.

1. Ubat jerawat

Foto: Flamingoid.com

Mesti stress bila wajah dipenuhi jerawat kan? Mulalah mencari produk untuk menyelesaikan masalah jerawat anda. Berikut merupakan bahan-bahan yang biasa digunakan sebagai bahan utama dalam sesuatu produk jerawat iaitu:

  • Benzoyl Peroxide : Bersifat sederhana dan akan serta merta terlerai apabila memasuki badan. Bahan ini pilihan paling selamat untuk diambil semasa anda menyusukan anak.
  • Acid Salicylic (0.5-2%) : Boleh masuk ke dalam saluran darah dan susu ibu. Sebaiknya, elakkan ubatan yang mengandungi bahan ini semasa anda menyusu bayi.
  • Lactic acid dan glycolic acid : Digunakan sebagai agen penghakis kulit untuk merawat jerawat dan parut. Bahan ini selamat digunakan ketika anda menyusu bayi.

2. Merias kuku

Foto: Tribun timur

Sebenarnya tidak banyak kajian mengenai produk penjagaan kuku sebagai satu pantang larang ibu menyusu. Kebanyakan ibu merasakan memakai warna kuku adalah selamat semasa menyusu. Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan pewarna kuku yang mengandungi bahan toksin yang boleh masuk ke dalam darah dalam jumlah yang sedikit seperti:

  • Formaldehyde
  • Camphor
  • Dibutyl phthalate (DBP)
  • Toluene
  • Formaldehyde resin

3. Rawatan rambut

Foto: All Things Hair

Ada juga para ibu yang ingin meluruskan, kerintingkan rambut, mewarnakan dan sebagainya. Jangan risau, semua rawatan tersebut tidak mendatangkan kesan ke atas penyusuan bayi.

4. Pemutihan atau bleaching

Foto: katekerrlondon.co.uk

Kebiasaannya, bahan yang terkandung dalam rawatan pemutihan kulit adalah hydroquininone. Menurut Kelly Bonyata, penyerapan bahan ini ke dalam kulit adalah sangat minimum. Jadi ia selamat untuk digunakan oleh ibu yang menyusu bayi.

5. Krim dan losyen

Untuk pengetahuan anda, krim dan losyen (termasuklah yang mengandungi acid alpha hydroxy) secara umumnya dianggap selamat digunakan semasa menyusu bayi. Tetapi, elakkan menyapu krim di kawasan puting ya!

Krim yang mengandungi retinoids (khususnya digunakan untuk menghilangkan kedut di muka) harus dielakkan sama sekali kerana semasa kehamilan, retinoids boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Foto: Being a female

Selain bahan-bahan di atas, terdapat beberapa lagi bahan di dalam produk kecantikan yang perlu dielakkan sama sekali oleh ibu mengandung iaitu:

  • Petroleum (propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum and isopropyl alcohol)
  • Formaldehyde ( hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin and methenesmine)
  • Paraben (isopropylparaben or methylparaben)

Sudah jelas kan? Tidak salah untuk menjaga penampilan diri selepas melahirkan anak, apa yang penting anda perlu sentiasa peka dan kaji jenis produk yang anda gunakan sama ada ia selamat ataupun membahayakan.

Sumber: TheAsianParent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×