Asuh

5 Cara Terapkan Ilmu Dunia & Akhirat Seawal 3 Tahun. Pasti Anak Anda Akan Lebih Fokus!

23.2K
SHARES

Dalam dunia yang kian maju, tak dapat dinafikan ia juga menimbulkan kerisauan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Sebab itu, penting untuk anak anda mempunyai keseimbangan ilmu dunia, akhirat dan juga perkembangan fizikal. Lebih-lebih lagi ketika musim PKPP ni.

Celik minda bukan satu-satunya penentu kejayaan masa hadapan, tapi anak-anak kini perlukan PERKEMBANGAN 360° sebagai persediaan. Jom lihat apa yang mereka perlukan untuk jadi lebih bersedia!

Sediakan jadual supaya anak-anak lebih teratur

Ibu bapa perlu ambil sedikit masa untuk tahu dengan lebih lanjut apa aktiviti kegemaran anak. Cari rentak anak-anak anda supaya mudah untuk mengatur aktiviti dan supaya mudah untuk anak masukkan aktiviti baru.

Sebagai contoh, anak-anak boleh belajar sirah-sirah Nabi di waktu pagi. Kemudian, mereka boleh menonton TV sambil belajar bahasa Inggeris.

Masukkan juga aktiviti fizikal seperti berbasikal mahupun menari di penghujung hari dalam jadual supaya anak-anak lebih teruja untuk mengikut turutan jadual tersebut.

Tingkatkan aktiviti fizikal anak anda

Generasi yang akan datang dijangkakan bukan saja celik minda tetapi mereka juga perlu kuat daya tahan fizikal, mental dan emosi. Dengan adanya aktiviti fizikal, ia dapat membentuk kemahiran komunikasi dan sosial kanak-kanak.

Beri mereka beberapa pilihan dan sering bertanya jika mereka menyukai aktiviti tersebut. Anda disarankan untuk memperkenalkan secara halus supaya tidak membuatkan anak-anak berasa terpaksa dan tertekan.

Ketahui sekurang-kurangnya 3 kemahiran

Kemahiran bersosial, kemahiran emosi dan kemahiran literasi. 3 kemahiran ini sering digunakan dalam kehidupan harian tanpa kita sedari. Amat penting untuk anak anda mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini. 

Kemahiran bersosial ini termasuklah bagaimana kanak-kanak mula berkawan, bagaimana mereka bercerita mengenai apa yang terjadi, menyelesaikan masalah dan bagaimana mereka membantu orang lain.

Kemahiran emosi boleh dilihat dengan bagaimana kanak-kanak mengekpresikan emosi mereka. Elakkan daripada menafikan perasaan mereka. Perbetulkan perbuatan mereka dan bukannya emosi yang ditunjukkan.

Kemahiran literasi pula penting untuk kanak-kanak lebih cekap membaca, menulis dan menguasai beberapa bahasa di peringkat awal. Selang selikan bacaan buku bahasa Inggeris atau Melayu dengan kitab-kitab atau Al-Quran supaya mereka mudah menyeimbangkan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Cungkil bakat terpendam anak anda

Bukan dengan cara memaksa, tapi cungkil bakat anak anda dengan perhatikan perbuatan dan aktiviti yang sering dilakukan. Sebab itulah, anak-anak perlu didedahkan kepada pelbagai aktiviti dan kemahiran samada aktiviti keagamaan mahupun aktiviti moral! Dari situ, ibu bapa boleh lihat bidang apa yang menarik minat si manja.

Walaupun tidak menunjukkan ekspresi yang berlebihan, tetapi anak-anak akan menunjukan minat dengan cara lain. Contohnya, mereka sering mengajak anda untuk bermain aktiviti tersebut atau sering bercakap mengenainya. 

Pemakanan yang berkhasiat

Nampak remeh bagi sesetengah ibu bapa tetapi pemakanan yang sihat dan berkhasiat membantu kanak-kanak di masa hadapan! Biasakan anak anda untuk minum susu berkhasiat yang mengandungi pelbagai nutrien and vitamin.

Pengambilan makanan yang berminyak dan tidak sihat seperti makanan ringan secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan kanak- kanak. Seterusnya, membuatkan antibodi kanak-kanak lebih menurun. Ia juga boleh membuatkan mereka sukar untuk bersaing dengan kanak-kanak lain!

Anda mencari susu formula untuk si manja? Dumex Dugro® boleh membantu #PERKEMBANGAN360NextGen!

Dugro® percaya celik minda sahaja bukan satu-satunya penentu kejayaan masa hadapan. Si manja memerlukan PERKEMBANGAN 360° sebagai persediaan NextGen.

Dengan formulasi terbaharu, Dugro® NextGen NUTRI mengandungi bukan sahaja DHA Tertinggi* malah semua nutrien penting seperti tinggi Zat besi, Vitamin C, Kalsium, Vitamin D, Vitamin A dan Vitamin E. Dengan kasih sayang anda, marilah bersama-sama menyokong PERKEMBANGAN 360° Si Manja NextGen!

*Berdasarkan kandungan DHA/100g dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/kg), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020

Bagaimanakah Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi si manja?

Dugro® diformulasikan dengan kandungan DHA yang tinggi di mana DHA banyak ditemui didalam otak! Manakala, zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan vitamin C menyumbang dalam penyerapan zat besi daripada makanan.

Kandungan kalsium pula membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Dibantu pula vitamin D yang menggalakkan penyerapan kalsium.

Selain itu, terdapat juga vitamin A dan vitamin E sebagai antioksida yang sangat penting. Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan manakala Vitamin A menjaga kesihatan kulit dan membran mukus dan juga penting untuk fungsi mata!

Susu Dugro® NextGen NUTRI juga mempunyai Inulin iaitu sejenis serat berasaskan sumber semula jadi. Yang buatkan susu Dugro® NextGen NUTRI lagi best, ia tiada Sukrosa! Jadi, ia membantu si manja membina tabiat pemakanan yang sihat.

Ibu-ibu jangan khuatir! Anda boleh cuba dahulu dengan sampel percuma

Para ibu boleh dapatkan sampel percuma dengan hanya klik di SINI. Bolehlah cuba dulu pada anak-anak dan lihat sendiri hasilnya!

Susu Dugro® NextGen NUTRI diformulasikan dengan nutrien penting untuk menyokong keperluan nutrisi Si Manja.Dugro® NextGen NUTRI percaya dengan nutrisi yang cukup serta kasih sayang dari anda memainkan peranan yang penting dalam membentuk PERKEMBANGAN 360° untuk persediaan NextGen.

Yang paling penting, ianya disahkan halal oleh JAKIM. Jadi, usah ragu dan risau. Dapatkan Dugro® NextGen NUTRI hari ini!

Untuk maklumat lanjut boleh klik di SINI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×