Kami faham topik kewangan adalah salah satu perkara yang agak sensitif dan susah untuk diterangkan kepada anak-anak.
Sehinggakan ada ibu bapa yang rasa lebih baik mereka tidak sentuh akan isu tersebut dan biarkan anak-anak belajar sendiri mengenai kewangan apabila mereka meningkat dewasa.
Tapi sebenarnya perkara ini tak rumit pun tau, jom kami kongsikan 5 cara mudah untuk fahamkan si cilik tentang kewangan!
Dedahkan mereka dengan kepentingan pengurusan kewangan
Cara paling mudah untuk mula mendidik anak-anak tentang kepentingan pengurusan kewangan adalah dengan berbual atau bercerita tentang kewangan secara terbuka.
Libatkan juga anak-anak untuk membuat keputusan dalam perbelanjaan harian agar mereka lebih faham akan cara pengunaan duit. Sekaligus, mereka akan lebih tahu cara menguruskan wang dengan lebih baik.
Didik untuk menyimpan
Ajarkan si cilik bahawa menyimpan adalah lebih baik daripada menghabiskan kesemua wang belanjaan harian mereka.
Mulakan dengan jumlah kecil seperti RM1 sehari kemudian ajarkan mereka untuk menyimpan dengan lebih banyak terutama sekali bila mereka menerima wang sebagai hadiah ataupun duit raya.
Ibu bapa juga boleh sediakan beberapa tabung ‘impian’ untuk anak-anak, agar mereka lebih fokus untuk simpan duit sendiri demi merealisasikan sesuatu impian mereka.
Bezakan keperluan dan kehendak
Bila anak-anak ingin belanjakan duit simpanan mereka, pastikan anda membantu mereka untuk meneliti akan perbelanjaan mereka sama ada ia bersifat keperluan atau kehendak.
Didik mereka supaya berbelanja mengikut kemampuan dan tidak membazir.
Sokong si cilik untuk cuba jana pendapatan sendiri
Cara mudah untuk untuk memupuk minat keusahawanan buat si cilik adalah dengan menyokong mereka untuk menjana pendapatan sendiri melalui pelbagai cara. Antaranya, dengan menawarkan upah apabila mereka membantu melakukan kerja rumah.
Selain itu, didik mereka untuk memanfaatkan skill yang mereka ada. Misalnya, manfaatkan bakat melukis dengan mengambil upah untuk menyiapkan lukisan buat teman-teman mereka.
Bantu anak-anak untuk hasilkan produk mereka sendiri
Keluarkan modal kecil untuk sokong si cilik sekiranya mereka mempunyai minat untuk hasilkan produk sendiri seperti makanan atau bahan kraftangan untuk dijual kepada rakan-rakan di sekolah.
Ajarkan juga mereka akan cara berniaga yang lebih profesional, termasuk skill komunikasi serta kaedah promosi untuk menaikkan jualan mereka.
Goodday KidSTART tawar RM50,000 untuk realisasikan impian perniagaan si cilik!
Jenama susu terkenal Goodday melancarkan kempen Goodday KidSTART sebagai sebuah platform untuk mencungkil bakat keusahawanan dikalangan kanak-kanak serta memupuk tabiat kewangan yang baik.
Melalui program ini, Goodday dengan berbesar hati menawarkan RM50,000 dana terkumpul sebagai modal untuk para pemenang mulakan perniagaan sendiri!
Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah rakam video pendek merangkumi pengenalan diri, inspirasi untuk mulakan perniagaan tersebut dan penerangan ringkas tentang idea perniagaan mereka.
Kemudian hantarkan video tersebut melalui Direct Message di Facebook rasmi Goodday Milk Malaysia.
Penyertaan dibuka sehingga 25 Januari 2023 nanti untuk kanak-kanak berusia 7 – 14 tahun sahaja.
Seramai 20 calon akhir bakal dipilih untuk menyertai boot camp selama 2 hari pada Februari nanti. Menerusi kem ini, mereka bakal didedahkan dengan ilmu dan skill yang tepat untuk membentangkan konsep perniagaan mereka kepada barisan panel profesional.
Haa.. Para ibu bapa tunggu apa lagi? Jom bersama realisasikan impian anak-anak anda untuk bergelar usahawan berjaya! Siapa tahu mungkin anak-anak anda berpotensi untuk mempunyai legasi perniagaan mereka sendiri satu hari nanti!
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Goodday KidSTART anda boleh layari laman Facebook Goodday di SINI.