Famili

4 Tahun Tak Jumpa & Hanya Video Call, Akhirnya Anak Dapat Jumpa Ayah Kandung…Sebak!

162
SHARES

Berpisah atau berjauhan dengan insan tercinta amatlah perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri. Sudah pasti perasaan rindu itu akan membuak-buak di dalam dada sehinggalah kita dapat bertemu dengan insan tersebut.

Begitu juga dengan perkongsian di laman Tiktok ini apabila seorang kanak-kanak terpaksa berjauhan dengan ayahnya sendiri sudah lebih 4 tahun. Sebak dibuatnya apabila si ibu berkongsikan video pertemuan semula antara ayah dan anak di lapangan terbang…

Baca juga: Cikgu Kongsi Situasi Budak Darjah 1 Masuk Tandas, Mak Ayah Kena Ajar Awal!

4 TAHUN TAK JUMPA BAPA, AKHIRNYA BERTEMU JUA…

Menerusi sebuah video yang dikongsi pengguna TikTok Nana Feedoow, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali dengan nama Adam tidak dapat menahan kegembiraan dan keterujaan saat melihat wajah bapa tercinta. Bayangkan selama empat tahun, Adam hanya berhubung bersama bapa tercinta menerusi panggilan video sahaja.

Lebih meruntun hati apabila anak kecil ini langsung tidak berkesempatan bermesra dan bermanja bersama bapa sendiri seperti kanak-kanak lain. Setelah empat tahun bekerja di Australia, bapa Adam akhirnya pulang ke tanah air.

Alhamdulillah, welcome home Abie. Selalu video call/voice call je dengan anak. Kali ni kita surprise Adam reaction bila jumpa Abie depan-depan.

Jika dilihat daripada video yang dikongsikan, Adam berada di lapangan terbang bersama ibunya. Wanita tersebut ingin membuat kejutan kepada anak lelakinya itu dengan kononnya menyuruhnya mencari kedai ‘donut’. Namun langkah Adam terhenti saat seorang lelaki yang memakai pelitup muka menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dengan wajah yang agak ‘keliru’, kanak-kanak ini kemudian menyambut salam sambil mencium tangan lelaki itu.

Adam seakan tidak mengenali wajah lelaki itu disebabkan wajahnya ditutupi dengan pelitup muka. Saat lelaki itu membuka pelitup muka tersebut, wajah Adam berubah serta merta. Dia sangat terkejut rupanya lelaki tersebut adalah insan tersayang yang dirinduinya selama ini. Adam kemudian memeluk bapanya sambil tertawa bahagia.

“BERAIR MATA..”

Namun apa yang membuat ramai sebak selepas Adam bertanya kepada bapanya mengapa suaranya sudah berubah. Tak dapat digambarkan betapa bahagia anak kecil ini akhirnya dapat bertemu dengan bapa tersayang.

Sumber: Tiktok @nanafeedoow

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×