Nampaknya sesi persekolahan sudah bermula setelah sekian lama anak-anak melakukan pembelajran di rumah. Bila sudah masuk ke sekolah, macam-macam telatah yang kita dapat lihat dikongsikan di laman media sosial termasuklah telatah anak-anak murid ini masuk ke tandas.
Begitu juga dengan perkongsian dari cikgu ini di laman Facebook apabila melihat anak muridnya mencabut semua pakaian sekolah semata-mata untuk masuk ke tandas! Ini adalah beberapa asas pembelajaran untuk masuk ke tandas selain berada di rumah untuk mak ayah terapkan dari awal.
Baca juga: Biar Betul Makanan RMT Sekolah Macam Ini?
BUDAK DARJAH 1 MASUK TANDAS, MACAM-MACAM KERENAH…
Tenang semua. Ini bukan gambar kes jenayah ya.
Ini hanyalah salah satu gelagat anak-anak tahun 1 yang masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah. Selain bilik darjah, tandas juga merupakan tempat yang mencabar untuk anak-anak menyesuaikan diri. Serius ni…Jangan pandang rendah pada cabaran di tandas.
Jangan terkejut kalau ada anak-anak yang sanggup tahan kencing dan berak di sekolah sebab ada macam-macam halangan untuk mereka menggunakan tandas di sekolah. Kadang-kadang kat rumah semua tandas duduk, tapi kat sekolah semua nak kena cangkung. Bila begitu maka timbullah pelbagai ‘isu teknikal’ seperti nak bukak seluar macam mana, nak kangkang tak lepas lah sebab seluar tersangkut dan macam-macam lagi. Pengalaman saya ada di kalangan anak-anak tahun 1 yang tak boleh mencangkung. Bila mencangkung mesti terduduk ke belakang.
Macam dalam gambar di atas ni memang kat rumah bila ke tandas caranya memang begitu. Tanggal habis seluar kat luar bilik air dan masuk ke tandas, jadi di sekolah pun macam tu lah dia buat. Ini kira bagus sebab sebab dalam tandas dah dia bukak. Awal-awal hari tu luar tandas tu dia berjoget tak pakai seluar.
Isu kebersihan tandas pun satu hal juga. Al maklumlah kalau dah beratus orang kanak-kanak yang kadang-kadang tak berapa pandai menetapkan sasaran semasa membuang air kecil dan air besar berkongsi menggunakan tandas memang makcik cleaner pun ketar lutut nak mencuci dan mengemop setiap masa.
Walaubagaimanapun.. Bak kata Papa Zola, Jangan susah hati wahai ibubapa kebenaran. Anak-anak kita ni memang punya keupayaan semulajadi untuk menyesuaikan diri dengan baik. Dan itu juga satu proses yang membantu mereka membesar. Dengan sedikit bimbingan dari guru, masa akan membantu mereka menyesuaikan diri. Sedikit latihan di rumah mengenai penggunaan tandas juga boleh membantu mereka.
LATIH ANAK DENGAN 3 LANGKAH ASAS IAITU ISTINJAK, BERSIH LANTAI & FLUSH
Latih mereka dengan 3 langkah asas iaitu istinjak, bersihkan lantai dan flush untuk memastikan mereka sentiasa dalam keadaan bersih dan tandas juga bersih. Bantu mereka untuk memperbetulkan kedudukan seluar/kain semasa menggunakan tandas cangkung atau duduk. Untuk murid lelaki ajar mereka berhati-hati dengan zip seluar. Untuk yang belum bersunat, lebih baik pakaikan seluar dalam sebagai langkah keselamatan.
Pernah berlaku beberapa kali cikgu-cikgu lelaki terpaksa buat rescue team untuk bantu murid lelaki yang kemaluannya tersepit pada zip seluar. Musibah ni tuan-tuan. Wahai Ibubapa kiriman tuhan, Teruskan bersembang dengan anak-anak perihal hari persekolahan mereka. Banyakkan berkongsi cerita tentang bagaimana waktu kita melalui zaman persekolahan dahulu. Ceritalah perkara yang baik-baik dan seronok. Yang tak berapa baik dan selebihnya kita simpan dalam poket ingatan kita baik-baik. Bimbang nanti anak-anak tiru, kita juga yang sakit kepala. Asmadi Abdul Samad Bird rescue team.
Sumber: Cikgu Asmadi Samad