Kini Trending

Biar Betul Makanan RMT Sekolah Macam Ni?

443
SHARES

Makanan RMT atau Rancangan Makanan Tambahan di sekolah telah dijalanankan setelah sekian lama. Ini bagi membantu murid-murid yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan makanan semasa berada di sekolah.

Namun, baru-baru ini kecoh di laman media sosial apabila seorang pengguna Facebook berkongsikan gambar makanan RMT sekolah yang tidak mempunyai satu jenis lauk diberikan kepada murid sekolah. Biar betul makanan RMT macam ini?

Baca juga: Isu Beg Berat Belum Selesai, Ibu Kongsi Video Anak Angkut Beg Sekolah Berat Naik Tangga!

BIAR BETUL MAKANAN RMT MACAM NI?

Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah?

Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?

Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan “mampu memacu pendidikan kita?”

Nota : hal begini bukan hendak menyalahkan kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati.

“CHECK DULU DENGAN ANAK DAN PIHAK SEKOLAH”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti isu ini mendapat perhatian dalam kalangan ibu bapa. Walaupun terkejut dengan rupa makanan yang disediakan, ramai juga yang memberi pandangan supaya ibu bapa memeriksa dulu perihal sebenar dengan anak-anak dan pihak sekolah. Bukan apa, risau kalau lauk utama sudah dimakan dahulu sebelum dibawa pulang…

Penting untuk ibu bapa berbincang dulu dengan pihak pengurusan sekolah dan kantin bagi memastikan kebenaran kepada makanan RMT yang disediakan. Ada juga pengusaha kantin yang turut meninggalkan komen bahawa dia juga pernah ‘diviralkan’ oleh ibu bapa atas tindakan yang tidak benar.

*Apa-apa pun siasat dahulu ya…

Sumber: Zurina Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×