Famili

4 Sebab Ibu Bapa Perlu Guna “Kids Safety Harness” Ketika Berada di Luar Rumah

524
SHARES
Foto Kredit : www.kidssafetynetwork.com

Pengalaman anak hilang di pusat beli belah atau di tempat awam adalah mimpi ngeri buat ibu bapa. Apabila anak tersebut hilang dari pandangan, ia adalah detik yang cemas dan menakutkan.

Pelbagai kemungkinan boleh terjadi kepada anak yang hilang itu. Diculik, dibunuh atau dijual.

Baru-baru ini juga penyanyi Siti Sarah turut merasai pengalaman cemas tersebut selepas anaknya hilang di pusat beli belah.

screen-shot-2017-01-12-at-11-09-07-am

Foto Kredit : Siti Sarah Instagram

Namun, selepas kes tersebut berlaku, Siti Sarah belajar daripada kesilapan dan kecuaiannya. Beliau mengatakan akan “mengikat” anaknya dengan menggunakan kids safety harness atau abah-abah keselamatan kanak-kanak walaupun ia akan dikritik oleh orang ramai.

Sebagai ibu bapa pasti pening memikirkan bagaimana untuk mengawal pergerakan anak-anak yang sentiasa aktif berlari-lari ke merata tempat tanpa mengetahui bahaya yang mendatang.

Selalunya abah-abah keselamatan ini diikat pada tangan, badan atau pada beg yang disandang oleh anak anda dan tali tersebut dikawal oleh ibu bapa.

Sejak kebelakangan ini, isu ini hangat diperdebatkan oleh masyarakat termasuklah ibu bapa yang menganggap ia seperti mengikat haiwan yang dibawa bersiar-siar.

Walaupun dilihat memalukan, penggunaan tali keselamatan ini mempunyai beberapa kelebihan kepada ibu bapa dan anak itu sendiri.

Tujuan utama abah-abah keselamatan ini diwujudkan adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku kepada kanak-kanak seperti hilang, jatuh dan sebagainya.

Di negara-negara Barat seperti Britain dan Switzerland, situasi ibu bapa ‘mengikat’ anak mereka ketika keluar bersiar-siar merupakan satu perkara biasa. Tindakan itu juga tidak dilihat sebagai satu perkara yang melawan norma masyarakat. Malahan ia bertujuan untuk menjamin keselamatan anak-anak.

Tambahan pula pada zaman sekarang kes penculikan yang melibatkan kanak-kanak semakin serius, jadi tidak salah sekiranya anda mengaplikasikan cara ini untuk mengawal pergerakan anak-anak anda ketika berada di luar rumah.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, hampir 10,000 kanak-kanak hilang direkodkan sejak lima tahun lalu. Sementara 296 kes dicatatkan bagi peringkat umur 7 hingga 12 tahun, manakala umur baru lahir hingga enam tahun pula merekodkan hanya 57 kes. Jadi mengapa masih mahu membiarkan anak anda menjadi mangsa?

Ikuti 4 Sebab Ibu Bapa Digalakkan Menggunakan abah-abah keselamatan Kanak-Kanak

1. Keselamatan Anak menjadi keutamaan

61mxhntjmbl-_sl1161_

Foto Kredit : center.babygaga.com

Bayangkan anak-anak anda berlari-lari di tempat awam atau di sekitar kawasan yang berbahaya. Pasti penat untuk mengejar mereka.

Ia sebenarnya adalah masa terbaik untuk menggunakan abah-abah keselamatan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dalam konteks ini, ibu bapa harus sentiasa memastikan anak mereka tidak hilang daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamanya di pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah.

2. Boleh Membantu Kanak-kanak istimewa

Tali keselamatan ini sebenarnya membantu ibu bapa yang mempunyai anak hiperkatif atau yang mempunyai masalah pendengaran.

Tambahan pula kanak-kanak yang hiperaktif ini sukar dikawal pergerakannya. Jadi, anda boleh mengawal pergerakan mereka tanpa risau mereka hilang dan terhindar daripada perkara yang berbahaya.

3. Tidak menyekat kebebasan kanak-kanak

Walaupun kanak-kanak tersebut diikat, namun ia tidak menghalang mereka untuk bebas bergerak kerana mereka masih lagi di bawah pengawasan ibu bapa.

Ia berbeza dengan kanak-kanak yang hanya dipimpin, didukung atau diletakkan di dalam kereta sorong. Mereka tidak bebas bergerak untuk meneroka persekitaran.

Abah-abah keselamatan tersebut sebenarnya lebih membantu kanak-kanak untuk berada lebih dekat dengan sesuatu yang menarik perhatian mereka namun masih di bawah pemerhatian orang dewasa.

4. Tali keselamatan adalah peralatan yang praktikal

img_2261-900x579

Foto Kredit : whhspatriotpress.com

Menggunakan tali keselamatan adalah perkara yang praktikal kerana ibu bapa tidak perlu memimpin atau mendukung anak mereka ketika bersiar-siar di tempat awam.

Menggunakan abah-abah keselamatan tidak bermaksud ibu bapa tersebut pemalas tetapi ia lebih memberi kebebasan kepada anak-anak daripada didukung atau diletak didalam baby stroller.

Justeru alatan ini sangat berguna kepada ibu bapa pada masa kini. Apabila ramai ibu bapa di Malaysia sudah mula menggunakan tali keselamatan untuk menjaga anak mereka, ini bermakna kesedaran dalam kalangan mereka tentang keselamatan anak mereka sudah meningkat.

Ia adalah perkara positif yang sepatutnya dipraktikkan bagi melindungi anak anda sebelum menjadi mangsa penjenayah di luar sana atau bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Tidak kira apapun kritikan daripada orang ramai, menjaga keselamatan anak-anak anda adalah perkara yang penting.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×