Suami Isteri

4 Perkara Jangan Dilakukan Oleh Para Suami Jika Ingin Rumah Tangga Bahagia!

11
SHARES

Suami dan isteri masing-masing memikul tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam sebuah perkahwinan. Selain itu, Islam juga memberi panduan kepada suami dan isteri supaya sentiasa bergaul dan bertolak ansur di antara keduanya untuk melahirkan hubungan yang baik.

Ini kerana pasangan suami isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain. Namun, setiap perkahwinan itu semestinya mempunyai ujian dan cabaran yang mesti ditempuhi oleh setiap pasangan.

Baca juga: [VIDEO] Ketahui 4 Jenis Sakit Kepala Yang Pernah Anda Hadapi, Kena Jumpa Doktor Cepat!

1. Jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri

Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.

Sekali suami telah naik tangan kepada isteri, ia akan mendatangkan trauma kepada isteri. Apakah daya kekuatan isteri jika hendak dibandingkan dengan kekuatan suami.

2. Jangan tipu isteri

Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga. Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.

Dalam rumah tangga, jangan sesekali cuba untuk menipu isteri kerana isteri mempunyai gerak hati yang kuat. Bagitahu sahaja perkara itu walaupun ia menyakitkan daripada memilih cara untuk menipu.

3. Jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri

Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.

Lidah lebih tajam daripada pisau. Jika marah cuba untuk mengawal diri seperti ambil air wudhu, ambil masa sebelum berbincang dan sebagainya. Hal ini kerana jika bercakap ketika marah dikhuatiri akan mengeluarkan kata-kata kesat.

4. Jangan curang

Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas itu, cukupkan barang-barang dia.

Kecantikan itu adalah umum. Hal ini kerana pada zaman sekarang ini, terdapat pelbagai rawatan kecantikan disediakan. Jika ingin isteri pandai masak, pelbagai kelas masakan telah dibuka malah jika malas boleh sertai kelas hanya atas talian.

Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia suami takkan sama lagi. Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan itu tamat sampai situ saja.

Jangan sesekali hancurkan perasaannya kerana jika dia sayang, dia akan sayang sepenuhnya dan jika dia hancur maka dia akan bangkit dan menjadi wanita yang lebih kuat daripada sebelumnya.

Sebab isteri yang tawar hati ini dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak. Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.

Oleh itu, andai hati wanita telah tawar, apa yang diinginkan hanyalah memulakan kehidupan yang baharu bersama anak-anak. Tidak akan ada secebis kasih sayang yang tinggal dalam hubungan rumah tangga.

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×