Dapur

4 Jenis Idea Perapan Ayam. Nak Guna Terus Grill & Jimat Masa

18
SHARES

“Alamak, asyik busy je minggu ni. Kena perap ayam awal-awal ni…”

Tak mudah sebenarnya nak masak setiap hari. Tambah pula sibuk dengan kerja di pejabat dan di rumah. Kalau yang sedang diet, memang boleh ‘kelaut’ kerana tidak cukup masa untuk menyediakan makanan berkhasiat ataupun sihat.

Jadi, untuk memudahkan urusan seharian apa kata korang perap ayam awal-awal. Tak ada kelam-kabut dan balik kerja boleh terus grill atau masuk air fryer je. Senang!

Baca juga: 4 Menu Diet Sedap Tanpa Perlu Berlapar, ‘Confirm’ Diet Tak Kelaut

4 JENIS IDEA PERAPAN AYAM. SENANG & JIMAT MASA

Perapan dada ayam bagi 4-5 hari untuk diet saya. Biasanya saya akan masuk air fryer atau masak atas pan. Saya tak letak minyak dalam perapan. Waktu nak masak baru spray minyak dekat ayam. Ayam dikelar-kelar dahulu sebelum perap untuk senang perapan meresap.

1. PERAPAN AYAM KARI YOGURT

perapan

  •  yogurt original
  • serbuk kari
  • serbuk jintan putih
  • serbuk cili
  • bawang putih cincang
  • garam

2. PERAPAN AYAM FAJITA

  •  madu
  •  serbuk cili
  • serbuk jintan putih
  • serbuk paprika
  • serbuk bawang
  • serbuk bawang putih
  • jus limau nipis
  • garam

3. PERAPAN AYAM TERIYAKI

perapan

  • Kicap cair / pekat
  • Madu
  • Bawang putih cincang
  • Halia cincang
  • Serbuk lada hitam
  • Bawang holland
  • Garam

4. PERAPAN AYAM BEREMPAH

  • serbuk kari
  • serbuk cili
  • serai (dikisar)
  • bawang putih (dikisar)
  • bawang merah (dikisar)
  • Garam

Ini bila dah dimasak. Menu untuk tengah hari.

perapan

Sedapnya semua! Nak buat petang ni.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Zalani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×