Kini Trending

“4 Jam Junjung Bayi Dalam Kotak, Air Dah Paras Leher,” Voice Note Ibu Ini Undang Sebak

3.9K
SHARES

Hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir besar di Malaysia menyebabkan ramai yang panik.

Sesetengah kawasan yang tidak dijangka mengalami paras air yang begitu tinggi menyebabkan ramai penduduk terpaksa berdepan dengan detik-detik cemas.

Situasi ini turut dialami sendiri oleh Suriyati Abdul Mokhtar, 34 tahun, yang ketika itu terperangkap di rumahnya bersama anak kecilnya berusia 6 bulan di Taman Karak Indah, Pahang.

Pada Sabtu lalu, 18 Disember, ibu kepada 2 anak ini menceritakan pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.

Memetik sedutan video daripada Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘voice note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh.

Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing tinggal di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.

Anak sulungnya pula sedang berada bersama suami di Terengganu ketika detik cemas berlaku.

Sumber: MHI TV3

Sedar Air Mula Naik Ketika Terdengar Bunyi Dari Bilik Air

Semasa air sedang mula naik, Puan Suriyati terdengar bunyi seakan tekanan air dari bilik air.

“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”

Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang.

Apungkan Bayi Dalam Kotak Plastik

Dalam keadaan cemas, Puan Suriyati mendapatkan sebuah tong / kotak plastik untuk mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.

Pada ketika itu, air naik telah sampai ke paras bahu.

Dia meletakkan bayinya ke dalam kotak itu dalam keadaan dia sendiri pun terhuyung-hayang.

‘Voice Note’ Ketika Air Di Paras Leher

Dalam keadaan cemas, ibu ini tidak putus-putus berdoa dan bertahan.

Dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat mengutuskan voice note yang memohon anaknya diselamatkan.

“Ya Allah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.

Air yang deras ketika itu meningkat dengan cepat hingga ke paras leher sehingga Puan Suriyati merasakan itulah detik terakhirnya bersama anak kecil itu.

“Abang, tolong ampunkan Mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangis)

Bayi 6 bulan itu menangis hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan, dan Puan Suriyati terpaksa terus bertahan demi anaknya.

Voice note ini menjadi tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya hinggakan berjuraian air mata! Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu…

Hanya Mampu Berserah, Pujuk Anak Tutup Mata

“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”

“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”

“Saya tak sangka anak saya yang 6 bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”

2 Anggota Bomba Menyelamatkan Mereka

Tanpa diduga, 2 orang anggota bomba menyelamatkan mereka entah dari mana.

Suaminya sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terperangkap ketika itu.

Suaminya turut menggelarkan kedua-dua orang anggota bomba ini sebagai unsung hero.

Sebak Dengar Kisah Puan Suriyati

Ruangan komen dipenuhi dengan kata-kata semangat dan terharu dengan pengalaman yang diceritakan oleh ibu ini.

Syukurlah Puan Suriyati selamat dan kuat bertahan demi si anak kecil.

Pastinya ini hanya secebis daripada beribu-ribu pengalaman mangsa banjir yang menyayat hati.

Mereka bukan sahaja trauma, malah mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit akibat banjir.

Oleh itu, ayuh teruskan berganding bahu dan hulurkan bantuan untuk mereka.

Semoga kisah ini membuka mata dan menjadi pengajaran buat kita bersama.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×