Didik

4 Cara Disarankan Pakar Untuk Elak Anak Dari ‘Ketagih’ Main Gajet, Ibubapa Kena Tunjuk Contoh Yang Baik

894
SHARES

“Adik, sudah lah tu main telefon je dari pagi”
“Alaaa, biarlah adik nak main telefon kejap pun tak boleh”

Penat nak nasihat anak-anak zaman sekarang kan? Bila kita larang mereka dari terlampau lama menggunakan gajet, mereka marah kita pula cakap tak ‘up to date’. Sedangkan amat tidak bagus untuk anak-anak dan diri kita juga untuk terlampau ‘melekat’ dengan gajet kerana takut otak tidak dapat berkembang. Oleh itu, pakar dari Harvard Medical School telah mensarankan 4 cara untuk kita elakkan anak-anak dari ketagihan gajet. Bagaimana? Ini 4 caranya.

http://www.huffingtonpost.com/

ANAK KETAGIH GAJET?

Isu anak kecil ketagihan gajet adalah antara yang paling kerap diutarakan kepada saya. Untuk pengetahuan ibubapa, kajian oleh British Heart Foundation mendapati hanya 1 dalam 10 kanak-kanak ‘iPad Generation’ yang mampu untuk hidup sihat. Ini kerana kebanyakan anak berusia 2 tahun di kalangan generasi ini tidak betah bergerak (move) lebih dari sejam kerana asyik dengan smartphone/tab. Pergerakan penting untuk fizikal yang sihat dan otak yang cerdas.

giphy.com

Ibubapa didapati menggunakan gajet sebagai ‘distraction’ supaya anak boleh diam tidak menangis dan tidak mengganggu. Inilah punca utama ketagihan.

Pakar dari Harvard Medical School mencadangkan agar:

1) Ibubapa tidak menggunakan gajet sebagai ‘distraction’ .

http://www.familyfriendlyhq.ie/

‘Distraction’ dan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk anak kecil dan sekolah rendah adalah bermain dan aktiviti hands-on. Luangkan masa dan carilah kaedah kreatif. Jika kita tidak pernah sediakan aktiviti alternatif selain gajet, bagaimana anak hendak tahu aktiviti lain? Gajet jugalah yang dicarinya untuk mengisi masa. Jika tidak dapat, melalaklah dia kerana bosan.

2) Perlu tegas.

nobullying.com

Pastikan ada jadual penggunaan gajet dan gunakan dengan konsisten . Jangan sekejap ikut sekejap tidak. Anak keliru jika ibubapa tidak konsisten dan dia akan uji batasan yang ada. Ceritakan kepada anak kenapa tidak boleh guna gajet sentiasa.

“Kalau dia melalak nak jugak macam mana?”
Autoriti di tangan anda bukan pada anak.

“…expect tears – possibly yours as well as your child’s”

3) Gratifikasi tertunggak (Delayed gratification).

http://www.kidspot.com.au/

Tidak perlu beli gajet untuk anak kecil. Mereka belum boleh guna gajet dengan bertanggungjawab. Akhirnya ibubapa yang pening sebab tidak terkawal. Belikan hanya untuk anak yang faham peraturan dan jadual yang disebut di 2) di atas. Boleh juga berkongsi atau mengambil giliran. Ini juga boleh elakkan ketagihan.

4) Bagaimana kita?

http://www.magforwomen.com/

Ini faktor paling penting. Ibubapa adalah role model anak. Jika kita sendiri gagal mengawal penggunaan smartphone, whatsapp, telegram, dan kita sendiri ‘ketagih’, apa sangat yang boleh kita harapkan daripada anak kecil? Datuk, nenek, pak cik, mak cik juga sepatutnya membantu dan memberi kerjasama.

Bukan salah anak.

*Perkongsian ini adalah hasil penulisan dari Puan Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy di laman Facebooknya. Semoga dapat dijadikan panduan ya!

Sumber: Parent Connect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×