Alahai, lecehnya nak masak bubur nasi untuk anak-anak. Kebiasaan untuk tunggu masak bubur nasi ini mungkin mengambil masa selama setengah jam atau lebih bergantung kepada kuantiti nasi yang dimasak. Lama tu! Jadi, apa kata anda cuba pula tips yang dikongsikan ini untuk masak bubur dalam masa 15 minit sahaja. Teknik apa yang digunakan itu?
Nak bubur cepat masak?
Bekukan dahulu malam sebelum tu (dah siap basuh). Nanti bila masak, dalam 15 minit dah boleh siap bubur masak. Hari ini menu untuk Affan dan Ariq:
BUBUR SUP IKAN MERAH
Pure virgin olive oil
*Garlic
*Bawang merah
*Halia
*4 Sekawan
Saleri
Lobak Merah
Beras perang
Ikan merah
CARA-CARANYA
1. Tumiskan bahan-bahan bertanda * bersama pure virgin olive oil. Dah agak kekuningan, masukkan sahaja beras yang sudah dibekukan.
2.Masukkan air,ikan merah dan sayur. Masak menggunakan api yang sederhana.
3.Dalam 15 minit sahaja, bubur dah siap!
Sumber : Suhaila Hamzah