Asuh

15 Adab Mak Ayah Yang Anak Cepat Tiru, Jangan Dok Panggil ‘Woi Woi’!

14
SHARES

Mendidik anak-anak kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Hal ini kerana anak-anak akan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling sama ada positif atau negatif. Jadi, penting untuk mak ayah menunjukkan teladan yang elok supaya mereka tidak melalukan perkara di luar jangkaan. Berikut merupakan antara 15 adab mak ayah yang anak akan cepat tiru, awas!

Baca juga: Jozlynn Kongsi Tips Kejut Anak Senang Bangun Solat Subuh, Memang Jadi!

15 adab kita yang anak akan cepat tiru

1 .Panggil orang

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2.Bercakap

Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3.Mengarah

Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4.Sebut tolong

Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5. Ketika makan

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6. Marah orang

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7. Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8. Sabar

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9. Mulut laser

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10. Senyum

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11. Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12. Meminta maaf

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13. Mendengar

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14. Toleh

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15. Mengamuk

Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati. Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Wallahu A’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×