Famili

12 Intipati Bajet 2018 Yang Memberi Manfaat Kepada Golongan Wanita, Keluarga & Pendidikan

4.2K
reads

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat. Memang pembentangan bajet ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia kerana ingin mengetahui faedah-faedah apakah yang bakal dinikmati oleh rakyat. Ternyata, berdasarkan intipati Bajet 2018, kami senaraikan antara faedah dan kemudahan yang bakal dinikmati oleh golongan wanita, keluarga dan pendidikan.

http://budaksrikinta.blogspot.my/

12 INTIPATI BAJET 2018 UNTUK WANITA, KELUARGA & PENDIDIKAN

1. Setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 jan 2018-2022 dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM 200 melalui unit amanah saham. Skim yang pertama kali diperkenalkan ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50.

2. RM400 JUTA untuk geran penyelidikan dan pembangunan IPTA , termasuk peruntukan khas termasuk kepada Universiti Malaya (UM) untuk mencapai status ‘Top 100 Universities In The World’.

3. Setiap penuntut di IPT dan Tingkatan Enam akan terus diberi bantuan Baucar Buku bernilai RM 250, manfaatkan sebanyak 1.2 juta pelajar.

4. RM 2.9 bilion diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

5. Bantuan persekolahan RM 100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM 328 juta.

6. Kerajaan melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN , dilanjutkan selama 12 bulan selepas tamat pengajian.

www. google.com

7.  Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan dari 60 hari ke 90 hari, seperti apa yang dilaksanakan dalam perkhidmatan awam.

8. Cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kepada wanita yang kembali bekerja selepas tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti.

9. Kerajaan mengumumkan bantuan RM 1.7 bilion untuk kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak.

10. Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dan suaminya bekerja di kerajaan dibenar pulang awal sejam.

11. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari ke 360 hari sepanjang perkhidmatan tertakhluk kepada maksimum 90 hari setahun.

12. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibubapa kepada pesara kerajaan.

www.facebook.com/bhonline

*Wah! Nampaknya banyak faedah dan insentif yang bakal kita perolehi berdasarkan Bajet 2018 yang dibentang oleh Perdana Menteri. Diharapkan semoga rakyat memanfaatkan dengan sebaiknya segala kemudahan yang diberikan ini ya!

Sumber : Berita Harian Online

Yang Popular

To Top