Hebahan

Kolaborasi 11street Malaysia – UITOX Bawa 150,000 Produk Taiwan Masuki Negara

11street malaysia

Mesti ramai yang pernah tengok iklan 11street Malaysia di televisyen, bukan? Iklannya sangat ‘catchy’ dan kelakar. Bagi peminat-peminat k-pop, 11street adalah gedung dalam talian yang tidak asing lagi!

Bertempat di Kuala Lumpur pada 15 Febuari 2016, 11street Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan UITOX, pasaran ‘online’ pertama yang terbesar di Taiwan.

Menariknya, sebanyak 200 jenama elit dari Taiwan termasuk 150,000 produk dari penjual Taiwan akan dibawa masuk ke Malaysia.

11street malaysia

Seiko, antara jenama elit dari Taiwan yang akan dipasarkan melalui TW Street. / Foto Kredit: blurwatches.com

TW Street, Kedai Rasmi UITOX di 11street Malaysia

Kerjasama ini menandakan pelancaran TW Street, kedai rasmi UITOX di 11street, yang membawa jenama fesyen terkenal seperti OB Design, Pazzo, Toki Choi dan jenama kecantikan seperti 1028, Dr Wu, Forbelovedone, Dr Doruxi serta makanan Taiwan terkenal seperti kek nenas, gula gong, air soya merah dan banyak lagi.

11 street malaysia

TW Street, gedung ‘online’ yang memasarkan barangan asli Taiwan, hasil kolaborasi dengan 11street Malaysia. / Foto Kredit: 11street.my

UITOX diasaskan di Taiwan pada Oktober 2012 dan telah berkembang ke China, Singapura, Jepun, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, Filipina, Amerika Syarikat, Kanada dan Belanda.

Kejayaan perlancaran TW Street di 11street menganjakkan UITOX ke fasa kedua di mana akan membawa lebih banyak produk merentasi sempadan negara-negara lain. UITOX kini mempunyai lebih 5,000 penjual aktif dengan lebih dari USD 224 juta nilai barangan kasar tahunan di seluruh dunia pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 193% pada tahun 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street ini , Hoseok Kim berkata, berdasarkan pemerhatian, permintaan untuk produk luar yang popular di Malaysia semakin meningkat terutama sekali untuk kosmetik, aksesori seperti jam tangan, pakaian, alat elektronik, barang kemas dan barangan penjagaan diri seperti yang digambarkan dalam corak import negara serta peningkatan keperluan pengguna.

11 street malaysia uitox

Jenama fesyen adalah antara jualan ‘cross border trading’ yang paling laris selain barangan elektronik dan produk kesihatan. / Foto Kredit: obdesign.com

Komited Penuhi Permintaan Rakyat Malaysia

Beliau menekankan “Dengan kerjasama UITOX, 11street mampu memperkenalkan produk antarabangsa yang lebih berkualiti ke pasaran tempatan, yang juga merupakan sebahagian dari komitmen kami untuk lebih memenuhi permintaan pengguna Malaysia dengan campuran terbaik produk tempatan dan luar negara”.

Hari ini, 11street mempunyai lebih daripada 5 juta jumlah penyenaraian produk yang merangkumi pelbagai produk berkualiti ‘Cross Border Trading’ (CBT) dalam platform pasaran dalam talian.

Majoriti barang CBT datang dari Korea, Hong Kong, Jepun dan Amerika Syarikat. Tiga kategori item yang paling banyak dibeli dalam kategori CBT adalah produk Kesihatan dan Kecantikan, Fesyen dan barangan Elektronik.

Penghantaran Percuma Ke Seluruh Negara Dan Diskaun Hingga 50%

Bersempena dengan kemunculan debutnya di 11street, kesemua produk di bawah UITOX akan mula dijual kepada pembeli di Malaysia melalui pelbagai promosi istimewa.

Pelanggan kini boleh menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara dan diskaun sehingga 50% terhadap barangan terpilih mulai 15 Febuari 2015.

11street malaysia

Hoseok Kim, CEO 11street (kiri) and Robert van Lith, Pengarah Serantau UITOX (kanan) memeterai perjanjian persefahaman yang akan membawa masuk lebih 150,000 produk Taiwan melalui TW Street. / Foto Kredit: 11street Malaysia

Pilihan Mampu Milik, Semuanya Di Hujung Jari!

11street dan UITOX berbangga kerana mampu untuk menawarkan para pembeli kemudahan mencari barangan dan jenama yang mereka suka dengan harga mampu mereka miliki.

Nah, bukan senang nak dapat ole-ole dari Taiwan, yang ‘original’ lagi tu.. Sekarang anda boleh memilikinya dengan mudah, tanpa perlu nak tukar matawang, tak perlu pening kepala nak fikirkan yuran pos antarabangsa.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web TW Street di sini. 

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×