2-4 Tahun

6 Ayat “Power” Yang Ibu Bapa Harus Katakan Kepada Anak Untuk Cipta Bonding Yang Kuat.

74.7K
reads

Kunci kepada sesebuah hubungan adalah komunikasi. Tidak kiralah hubungan suami isteri, kawan-kawan ataupun dengan anak-anak. Komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dan anak-anak dapat mewujudkan perhubungan yang positif untuk perkembangan dan tumbesaran mereka.

Ibu bapa perlulah peka dengan apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka mengatakan sesuatu kepada anak mereka. Kadang-kadang di hadapan anak-anak, ibu bapa mungkin terlepas mengatakan sesuatu yang negatif dan amatlah penting untuk anda menyedarinya. Ini kerana, anak-anak mudah meniru apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Dalam keluarga, kata-kata dan cara kitalah yang menentukan hala tuju dan keharmonian kekeluargaan. Perbualan dan komunikasi yang betul juga dapat membentuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa adalah contoh yang menentukan cara komunikasi anak-anak dengan orang sekeliling mereka.

Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui apa yang seharusnya anda kaatakan kepada anak anda untuk membentuk hubungan yang lebih erat dengan mereka. Jom baca apa yang kami kongsikan ni!

“MAMA DAN PAPA SAYANG AWAK”

parents-kissing-son
Kebanyakan ibu bapa jarang mengucapkan kata sayang kepada anak-anak. Mungkin mereka merasakan dengan apa yang mereka lakukan dalam membesarkan anak sudah cukup.  Tetapi sebenarnya ucapan sayang ini sememangnya penting agar anak akan rasa selalu dihargai dan disayangi.

Ucapan sayang ini bagus sekiranya anda praktikkan sedari mereka masih kecil agar mereka akan terbiasa dan belajar untuk menyayangi orang di sekeliling mereka. Sebelum mereka masuk tidur, bisikkan “Mama sayang awak” atau “I Love You” kepada mereka. Mesti mereka tidur sambil tersenyum.

“PANDAINYA DIA…” 636054478731335737-687113937_istock_000031653904_xxxlarge

Anak-anak ni sukakan perhatian, terutamanya kanak-kanak. Setiap apa yang mereka lakukan adalah untuk mendapatkan perhatian anda. Setiap kali mereka membantu anda atau berjaya lakukan sesuatu, cuba puji atau high five mereka. Mesti dia akan bersemangat untuk membuat sesuatu dengan lebih baik lagi.

Ini juga secara tidak langsung dapat mendidik mereka untuk menjadi ringan tulang untuk membantu anda dan orang lain. Hubungan anda dan anak pun akan menjadi lebih rapat. Mereka mungkin akan menganggap anda ibu bapa yang cool kerana sentiasa peka dan memberi perhatian kepada mereka.

“TERIMA KASIH, SAYANG…”

what-not-to-say_good-job

Mungkin anda merasakan bahawa ucapan terima kasih itu hanyalah ucapan biasa-biasa sahaja. Namun ucapan ini sebenarnya sangatlah berharga dan bermakna. Bak kata orang, “simple but meaningful”. Siapa tahu, dengan hanya ucapan terima kasih, dapat menjadikan hari seseorang itu lebih ceria dan gembira.

Begitu juga dengan anak anda. Kebanyakan ibu bapa mungkin menganggap bahawa ungkapan terima kasih kepada anak kecil anda tidak memberikan makna apa-apa. Tetapi, dengan ucapan terima kasih itu dapat mengajar anak anda untuk menghargai orang lain.

Contohnya, sekiranya anak anda membantu anda melakukan sesuatu, katakan “terima kasih anak mama” kepadanya. Mesti selepas ini dia akan lebih rajin untuk membantu anda tanpa disuruh. Kerja anda juga akan lebih mudah!

“MAMA/PAPA MINTA MAAF…”

700-00550894 © Peter Griffith Model Release: Yes Property Release: No Model Release Mother and Daughter Outdoors
Ramai yang beranggapan bahawa kanak-kanak tidak layak untuk menerima ucapan maaf. Anda sebenarnya salah kerana kanak-kanak juga mempunyai perasaan. Walaupun sebagai ibu bapa, anda tidak seharusnya bersifat ego untuk meminta maaf dengan mereka sekiranya anda melakukan kesalahan kepadanya.

Akan ada suatu hari anda berada dalam keadaan moody atau tertekan, anda mungkin tidak sedar sekiranya anda tertinggi suara atau terkasar dengan anak anda tanpa sengaja.

Tidak ada salahnya untuk anda meminta maaf kepada mereka. Perbuatan ini bukan untuk memanjakan mereka tetapi sekaligus akan mendidik mereka untuk belajar mengaku kesilapan dan menghormati orang lain tanpa mengenal status.

“AWAK BELAJAR APA DEKAT SEKOLAH HARI INI?”

1024x1024
Kesibukan kerja harian memang membuatkan 24 jam sehari macam tak cukup untuk kita kan. Pulang saja kerja dah kena menghadap kesesakan jalan raya, lepas tu, nak ambil anak dari rumah pengasuh atau sekolah pula, sampai di rumah, matahari pun dah tenggelam. Bila badan dah penat, nak bermesra dengan anak-anak pun tak sempat.

Apa kata selepas mengambil anak anda dari sekolah, luangkan masa seketika untuk bertanyakan tentang dirinya. Apa yang dipelajari di sekolah, apa yang dia makan di sekolah, siapa nama kawan mereka dan macam-macam lagi. Mesti anak anda bersemangat untuk bercerita apabila anda memberikan tumpuan kepadanya.

Ini juga akan mencipta bonding yang kuat antara anda dengannya. Mesti selepas ini mereka akan lebih selesa untuk berkongsi apa sahaja cerita dengan anda dan menganggap anda sebagai bff mereka!

“JOM BACA BUKU!”

reading-to-kid-asian

Budaya membaca ni semakin lama semakin dilupakan. Daripada memberi anak anda bermain dengan ipad atau menonton televisyen, apa kata anda luangkan sedikit masa untuk mengajaknya membaca buku. Jadikan membaca sebagai rutin harian mereka dengan mengajak mereka membaca buku sekurang-kurangnya sekali sehari.

Selain itu, anda juga boleh membacakan mereka bedtime stories sebelum mereka masuk tidur. Ini dapat mencipta momen kemesraan antara anda dan anak anda sekaligus mendorong mereka untuk gemar membaca.

SAMBIL CIPTA MOMEN DENGAN ANAK, PUPUKKAN JUGA NILAI MURNI DALAM DIRI MEREKA DENGAN BUKU MISI ARIF!

screen-shot-2017-05-05-at-8-30-56-pm
Mendidik anak-anak kecil ini sememangnya bukan mudah. Kesibukan kerja kadang-kadang menjadi penghalang untuk anda memberikan tumpuan sepernuhnya kepada si manja. Tetapi semua ibu bapa pasti memberikan hanya yang terbaik untuk anak mereka kan.

Apa kata anda dapatkan Buku Misi Arif ni! Buku Misi Arif dari S26 ini bukan sahaja interaktif, tetapi ia sarat dengan tips-tips kemahiran keibubapaan yang dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa dalam membimbing anak-anak mereka menjadi insan berguna.

Ingin dapatkan koleksi ini secara online? Senang saja! Dapatkan *Koleksi MISI ARIF ini di 11 Street dan Lazada. Siap ada discount tau!

Apa tunggu lagi, cepat dapatkan kesemua *Koleksi MISI ARIF dan ketahui lebih lanjut di laman web Wyeth ® Nutrition dan Facebook S-26 ® Progress ® Malaysia.

NOTA:Kumpul kesemua koleksi *MISI ARIF dengan setiap pembelian S-26 ® Progress® & S-26 ® Promise ® hari ini!  

1 Comment

1 Comment

  1. Minda Optima

    July 19, 2017 at 12:35 pm

    Bonding yang kuat amat penting untuk memastikan hubungan yang sihat..zaman sekarang ni lagi macam2 cabaran yg ibubapa kena hadapi untuk membesarkan anak. Kena pandai dan berstrategi sikit untuk pastikan hubugan keluarga sentiasa dalam keadaan baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top