Famili

10 Tips Mengerjakan Umrah Bersama Ibu Uzur Berkerusi Roda

156
SHARES

Seronoknya dapat pergi ke rumah Allah kan? Sesiapa sahaja akan bersyukur kalau dapat pergi ke Mekah tambah lagi di usia yang muda. Tetapi, ramai masih tertanya-tanya, bagaimana kalau nak mengerjakan ibadah Umrah bersama dengan orang yang tidak berkemampuan? Tidak berkemampuan di sini bermaksud seperti tidak dapat berjalan dan menggunakan kerusi roda atau yang tidak sihat. Jika anda ada rancangan untuk membawa ibu, ayah atau sesiapa sahaja yang menggunakan kerusi roda untuk mengerjakan Umrah, anda boleh jadikan artikel ini sebagai panduan ya.

lookingtheearth.wordpress.com

lookingtheearth.wordpress.com

Alhamdulillah. Diberi keizinan dan saya rasa sangat bertuah kerana ALLAH S.W.T menjemput saya lebih awal dari yang saya rencanakan untuk kerumah NYA untuk melakukan ibadah Umrah. Apa yang cuba saya sampaikan disini adalah satu sisi berbeza yang saya temui semasa saya disana. Bersama ibu, kakak dan seorang bapa saudara ke sana, aku cuma mengharapkan segala urusan aku akan dipermudahkan dan segala ibadah aku diterima tanpa dipalingkan niat yang lain.

Membawa ibuku yang sedang uzur dan tiada keupayaan untuk berdiri dengan lebih lama menjadi persoalan utama bagaimana aku ingin menguruskannya disana? Adakah akan menyusahkan Jemaah-jemaah lain? Mampukah aku memberi keselesaan demi mengurangkan tekanan dan menjaga kesihatan ibuku?. Pelbagai perkara berlegar di minda sebelum tibanya hari. Gusarnya aku sebagai seorang anak membawa seorang ibu yang uzur menjalankan ibadah umrah.

http://umrohhaji.net/

http://umrohhaji.net/

Persepsi dan tanggapan pertama aku sama sekali meleset. Seumpama VVIP dan segala perkara yang dilakukan begitu mudah sekali. Disini aku ingin ketengahkan beberapa perkara apa yang perlu dilakukan jika anda juga turut berada di dalam situasi yang sama seperti saya:

1) Sebelum hari berlepas

Pastikan ubat ubatan, segala kelengkapan Jemaah yang uzur telah dipersiapkan. Ubat wajib dimakan perlu diperiksa beberapa kali bagi memastikan tahap kesihatan Jemaah sentiasa berada dalam keadaan baik.

www.thevocket.com

www.thevocket.com

2)Kerusi roda

Saya tidak membawa kerusi roda, malah tidak mempunyai kerusi roda – Setibanya di Lapangan terbang, kami meminjam daripada Lapangan terbang terlebih dahulu bersyarat dengan meninggalkan kad pengenalan. Semasa Check in ingatkan kepada petugas yang menguruskan untuk request Wheel Chair, jadi di Boarding Pass akan tertera “WHCR”. Sejam sebelum Boarding, terus ke kaunter 1B, bawa boarding pass dan passport untuk request Wheel Chair.

Pada mulanya, difikiran saya akan menolak sendiri rupanya petugas Airlines yang akan menolak sehingga ke tempat duduk pesawat. Tambahan pula, kami akan menjadi orang pertama yang akan menaiki pesawat dan terakhir turun dari pesawat. Perghhh tak payah beratur dan menunggu giliran. Pramugari pula meyambut dipintu dan menghantar ke tempat duduk. Terasa VVIP gaisss!

3) Di lapangan terbang

Setibanya di Lapangan Kapal Terbang Medina, Arab Saudi siap ada lift dan bas yang akan menghantar pesakit di depan kaunter imigresen. Paling best tak payah beratur terus ke kaunter imigresen dan pegawai cop passport tanpa banyak songeh. Di Medina Airport, kekurangan kerusi roda dan semasa penerbangan kami tiba terdapat lebih kurang 7 pesakit yang memerlukan kerusi roda. Jadi apa yang harus lakukan, minta jasa baik Jemaah lain untuk memudahkan urusan kita. In sha Allah mereka akan memberi kita giliran untuk melepasi imigresen. Kalau minta dengan pegawai sana, mereka tetap menyuruh kita untuk berdiri dan menunggu giliran seperti orang lain. Rakyat Malaysia semua prihatin, mereka akan bantu kita. Percayalah.

4) Kemudahan hotel

Di hotel hotel pula, terdapat beberapa kerusi roda di setiap tingkat. Difahamkan, kerusi roda tersebut adalah diwaqafkan untuk kegunaan Jemaah lain. Jadi anda tidak perlu khuatir sama sekali kerana anda boleh menggunakan kerusi roda tersebut secara percuma.

www.thevocket.com

www.thevocket.com

Selain itu juga, terdapat kelebihan disini apabila anda tidak perlu menunggu giliran untuk menggunakan lif. Malah ramai akan menawarkan anda untuk terus menaiki lift. Tetapi, saya biasanya menolak dan menunggu giliran seperti Jemaah lain melainkan jika ibu saya ingin ke tandas. Belum sampai di pintu hotel, ada orang akan terus membukakan pintu kepada anda. Hebatnya penangan Jemaah berkerusi roda. Cewahhhh….

5) Pemilihan Mutawif

Semasa umrah pertama kami, saya memilih mutawif daripada Indonesia dengan kadar upah 250 SR untuk kos menolak ibu saya. Jangan pandang rendah! Dia siap akan ajar cara dan membacakan dengan kuat agar kita turut serta dapat mengikuti setiap bacaan. Tawaf dan saie untuk mereka yang berkerusi roda adalah di tingkat satu. Tidak dibenarkan untuk tawaf di bahagiaan bawah berdekatan kaabah tetapi untuk saie dibenarkan Cuma untuk di bahagiaan bawah adalah sedikit mendaki bukit ketika merentasi safa dan marwah . Berbeza untuk bahagiaan atas yang mempunyai permukaan yang rata. Laluan khas turut disediakan untuk mereka yang berkerusi roda.

Untuk umrah yang seterusnya, saya memilih untuk melakukan sendiri dan menolak kerusi roda ibu saya sendiri dan jangan bimbang untuk berbuat demikian kerana Jemaah lain akan memberi laluan kepada anda. Kita mudahkan urusan orang, in sha ALLAH urusan kita bakal dipermudahkan.

http://www.richardwilding.com/

http://www.richardwilding.com/

Tempahan mutawif daripada Indonesia hendaklah dibuat awal, dan saya membuat tempahan ketika saya dalam perjalanan daripada Madinah ke Mekah. Tempahan boleh dibuat melalui pegawai syarikat pelancongan yang menguruskan kita disana. Kita juga boleh ikut serta bersama mutawif semasa mereka menolak Jemaah yang menggunakan kerusi roda. Yang paling saya kagum mengenai mutawif Indonesia, dia akan menunaikan umrah bersama sama, dan sekaligusmemudahkan urusan Jemaah yang mengikuti mutawif tadi . Disarankan untuk tidak mengambil pekerja yang berada di sekitar Masjidil Haram, mereka menolak sambil berlari dan sangat laju, belum sempat baca apa apa dah sampai haaaa. Hahahaha..

6) Solat di Masjidil Haram

Untuk solat waktu biasa di Masjidil Haram disarankan untuk pergi awal bagi Jemaah yang berkerusi roda sekurangnya 1.5 jam sebelum waktu solat. Jemaah yang menaiki kerusi roda hanya dibenarkan solat diruang tingkat 1 dan 2 sahaja. Saya biasanya akan memasuki pintu 89-94 dan King Abdul Aziz Gate kerana berdekatan dengan hotel yang kami menginap. Jika lambat tidak akan dibenarkan masuk kerana bakal mengangu lalu lintas Jemaah lain. Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Nak datang bukan mudah. Apa salah berkorban waktu untuk beribadah kan?

www.thevocket.com

www.thevocket.com

7) Program Ziarah

Untuk program ziarah, kita boleh memilih samaada ingin membawa Jemaah turun atau tidak bersama untuk melihat Jabal Nur, Jabal Uhud, Gua Hira dan beberapa tempat lagi. Disarankan untuk membuat kajiaan dan bacaan awal sebelum pergi ini kerana memudahkan urusan kita untuk mengulang semula apa yang diceritakan oleh mutawif kepada Jemaah yang uzur sekiranya mereka tidak larat untuk turun semasa ziarah. Ilmu sebegini amat perlu bagi kita menerangkan kepada Jemaah yang uzur supaya mereka turut memahami dan mengerti bagaimana perjuangan Nabi Muhammad S.A.W menegakkan syiar islam.

http://ayoumroh.co.id/

http://ayoumroh.co.id/

8) Raudah

Untuk memasuki raudah pula, anda juga mempunyai kelebihan dimana anda dapat memasuki raudah melalui pintu 25 dimana terdapat beberapa waktu untuk wanita. Laluan untuk mereka yang berkerusi roda disediakan dan dianggarkan sekitar 10X10 keluasan raudah disediakan untuk mereka yang berkerusi roda. Jadi ambil peluang untuk memanfaatkan waktu yang berharga untuk diraudah. Berdoa lah semahu mahunya semasa sujud dan selepas solat. Tapi awas! Jangan terlalu lama. Risau diusir.

www.thevocket.com

www.thevocket.com

9) Makanan

Jika jemaaah tidak dapat makan hidangan yang disediakan atas faktor kesihatan, jangan runsing terdapat kedai yang menjual makanan dari masakan Indonesia ,Pakistan dan beberapa lagi Negara lain. KFC pun ada hokayyyyy!

10) Tips dan Informasi Tambahan

  • Sedikit informasi tambahan, pesakit yang memerlukan rawatan dialysis sebenarnya mempunyai peluang mengerjakan umrah dan haji. Sila berhati-hati memilih syarikat pelancongan kerana akan mengenakan bayaran keatas khidmat dialysis berkenaan. Kerajaan Arab Saudi menanggung sepenuhnya kos rawatan dialysis dan dalam erti kata lain adalah percuma bagi Jemaah haji mahupun umrah.
  • Berdasarkan pegalaman seorang sahabat yang mengunakan khidmat ini, pihak syarikat pelancongan akan menguruskan jadual temujanji dengan hospital yang berdekatan dan kita hanyalah erlu menyediakan bayaran untuk kos pengangkutan ke hospital sahaja. Harus diingatkan, Jemaah yang memerlukan rawatan ini hendaklah membawa laporan terperinci daripada Malaysia untuk rujukan pakar neurologi di Arab Saudi.
  • Jemaah ini juga perlu peka kepada pam tekanan dialysis kerana kadar tekanan pada jantung orang Arab dan Asia berbeza. Jemaah dan ahli keluarga yang menemai Jemaah semasa melakukan rawatan dialysis turut diberikan makanan dan sebagainya agar Jemaah selesa semasa mendapatkan rawatan. Terbaik kan?
www.facebook.com/fais.taib

www.facebook.com/fais.taib

  • Buat mereka yang bakal menunaikan umrah dan merasakan terbeban membawa Jemaah yang uzur, percayalah anda akan menemukan satu sisi berbeza ketika berada di sana. Apa yang anda kerjakan dan pengorbanan yang anda lakukan pastinya dinilai dan dibalas dari pelbagai sudut. Anda akan menemukan kemanisan dan kebahagiaan apabila insan yang anda kasihi mampu tersenyum indah saat anda bersungguh sungguh ingin membahagiakan mereka. Selamat mengerjakan umrah! Semoga kesemua dari kita dilindungi dan dirahmati ALLAH S.W.T

Artikel ini adalah hasil penulisan dari Encik Fais Taib di laman Facebooknya. Semoga dapat dijadikan panduan untuk masa hadapan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×