Teknologi

10 Perkara Menarik Yang Pastinya Buat Anda Mahu Miliki HUAWEI Mate 30 Pro 5G Sekarang!

7.2K
SHARES

Memasuki tahun baru 2020, perkembangan teknologi semakin berkembang pesat dengan era 5G dijangka bakal tiba di Malaysia menjelang suku tahun ketiga.

Melihat kepada perkembangan positif rangkaian internet di Malaysia, rangkaian 5G dijangka dapat memberikan lebih manfaat kepada perkembangan teknologi dan dapat membantu memudahkan urusan seharian manusia.

HUAWEI jelas dengan matlamat mereka menjadi jenama terunggul dalam pengeluaran teknologi terkini, bakal menjadi jenama pertama yang memperkenalkan peranti yang mampu menyokong rangkaian 5G di Malaysia melalui telefon pintar mereka HUAWEI Mate 30 Pro 5G. Ini sebab mengapa HUAWEI Mate 30 Pro 5G perlu ada dalam radar telefon pintar yang anda kena miliki!

1. HUAWEI Mate 30 Pro 5G Pencetus Era 5G Di Malaysia

Walaupun ada banyak jenama telefon pintar menyatakan mereka bakal menyediakan perkhidmatan 5G, tapi nampaknya HUAWEI sentiasa satu langkah dihadapan apabila mereka telah menandatangani perjanjian dengan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan sebagai penyedia infrastruktur.

Sehingga hari saja, 47 buah negara telah menawarkan rangkaian 5G secara komersil dan majoritinya menggunakan perkakasan daripada HUAWEI. Antaranya China, Jerman, Itali dan Dubai. Kalau anda menggunakan HUAWEI Mate 30 Pro 5G, anda dapat menikmati akses rangkaian 5G yang stabil bukan saja di Malaysia malah di pelbagai negara lain.

2. Huawei menjadi pembekal tunggal 5G end-to-end

Perlaksanaan teknologi 5G merupakan satu perkara yang ditunggu-tunggu kerana dijangka bakal mengubah lanskap teknologi moden hari ini. HUAWEI tampil dengan rekaan menyeluruh menggunakan teknologi 5G dari rangkaian teras ke peralatan terminal.

Ini meliputi akses HUAWEI kepada front-end dan back-end HUAWEI Mate 30 Pro 5G  termasuk stesen pangkalan 5G, chipset 5G, perkhidmatan cloud 5G, dan sebagainya.

3. Telefon pintar pertama dengan pegesahan SIRIM untuk 5G

HUAWEI Mate30 Pro 5G: 1st 5G SIRIM Certified 5G Smartphone & Price Availability

Why should you get the Huawei Mate30 Pro 5G now?HUAWEI Mate30 Pro 5G is the 1st 5G SIRIM certified smartphone in Malaysia.Why not own the future now? Be ahead of everyone else to experience 5G with an affordable price with the HUAWEI Mate30Pro 5GOwn The Super Flagship HUAWEI Mate 30 Pro 5G for RM4,199. Available from 7th February 2020 onwards.For more information: http://bit.ly/Mate30Pro5GMY

Posted by Huawei Mobile on Tuesday, February 4, 2020

Bagi memastikan teknologi 5G yang ditawarkan memenuhi standard yang ditetapkan, HUAWEI Mate 30 Pro 5G menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang menerima pengesahan SIRIM untuk 5G.

Ini bermakna HUAWEI Mate 30 Pro 5G mampu menyokong semua gelombang rangkaian 5G dan menjadi telefon pintar flagship yang berbaloi untuk dimiliki bagi jangka masa yang panjang.

4. Cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC dengan sokongan rangkaian 5G

Cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC dengan sokongan rangkaian 5G ialah cip pemprosesan pertama di dunia yang mendapat pengelasan flagship tau. Dengan kombinasi 7nm + EUV, Kirin 990 5G bukan saja menyokong rangkaian 5G SA/NSA, malah membantu memastikan kestabilan penghantaran 5G dan penggunaan kuasa yang rendah.

Cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC dengan sokongan rangkaian 5G juga memberikan kelancaran kepada aktiviti telefon pintar. Dengan rangkaian 5G yang laju, ia membolehkan anda menikmati kandungan secara langsung dari web tanpa buffering selain menjimatkan ruang dan kecekapan telefon pintar anda.

5. Menggunakan reka bentuk antenna secara menyeluruh

Jika nak bandingkan HUAWEI Mate 30 Pro 5G dengan telefon pintar perkhidmatan 5G yang lain, HUAWEI Mate 30 Pro 5G terbukti 50 peratus lebih pantas dan kurang penggunaan tenaga.

Ini kerana HUAWEI Mate 30 Pro 5G menempatkan 21 antena di mana 14 antena menyokong semua rangkaian 5G secara global dan memastikan sambungan isyarat 5G berkelajuan tinggi dan stabil.

6. Huawei Mate 30 Pro 5G-Menyokong 5G SA Dan NSA

Buat masa ini, ada beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G berasaskan NSA (bergantung kepada infrastruktur 4G sedia ada), sementara versi 5G SA pula yang memfokuskan kepada infrastruktur 5G sepenuhnya.

HUAWEI Mate 30 Pro 5G hadir dengan sokongan cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC dan modem 5G yang menyokong rangkaian 2G/3G/4G/5G dan untuk 5G pula, ia menyokong 5G NSA dan juga 5G SA.

Jika anda membeli HUAWEI Mate 30 Pro 5G sekarang, telefon pintar ini masih boleh digunakan apabila syarikat telekomunikasi beralih kepada rangkaian 5G SA atau ketika berada di luar negara yang memerlukan anda beralih kepada perkhidmatan yang menyokong rangkaian lebih rendah.

7. Tiada lagi delay atau gangguan ketika bermain permainan video

Keupayaan teknologi 5G pada cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC, HUAWEI Mate 30 Pro 5G membolehkan anda menjadi penerima awal untuk menikmati Cloud Gaming video yang beresolusi tinggi pada kadar latensi yang lebih rendah.

Dilengkapi dengan seni grafik CG6 Mali-G76 MC16 GPU pada Kirin 990 5G SoC, ia mampu memproses imej yang besar dengan penggunaan lebih rendah tetapi memberikan hasil grafik lebih baik. Dapatlah anda merasai pengalaman bermain permainan video yang lebih baik!

8. Rakaman video setanding kamera profesional

Bukan itu saja, HUAWEI Mate 30 Pro 5G juga mampu memberikan hasil rakaman video setanding rakaman daripada kamera profesional. Ini jelas menunjukkan HUAWEI mengangkat bidang videografi pada tahap seterusnya dan telefon pintar ini menduduki tempat teratas daripada DxOMark dengan empat Kamera Sensor Leica dengan 123 mata.  

Maka, tak hairan jika HUAWEI Mate 30 Pro 5G mampu memberikan hasil rakaman imej waktu malam yang memukau dan lebih hebat. Ia juga mampu merakam video yang berkualiti tinggi dengan adanya cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC, yang merupakan ISP 5.0 yang baru dibangunkan untuk penghasilan imej yang lebih berkualiti.

HUAWEI juga ada menganjurkan HUAWEI Film Awards (HFA) di mana anda berpeluang merebut hadiah bernilai USD 20,000, dengan syarat video dirakam menggunakan telefon pintar HUAWEI. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Februari 2020. Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang HFA, klik di sini.

9. Kelajuan muat turun 5G terpantas

Lebih istimewa, HUAWEI Mate 30 Pro 5G juga mampu mencapai rangkaian 5G sehingga 1.8mbps. Ini merupakan satu-satunya jenama telefon pintar yang mampu mencapaian kelajuan internet sepantas ini.

Dengan kelajuan sepantas ini, anda dapat menikmati kandungan pada peranti mudah alih tanpa sebarang buffering dan tempoh menunggu yang lama.

10. Reka bentuk yang lebih elegen dan memukau

HUAWEI Mate 30 Pro (kiri) dan HUAWEI Mate 30 Pro 5G (kanan)

Jika HUAWEI Mate 30 Pro hadir dengan kemasan kaca pada panel belakangnya, apa yang membezakannya dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G ialah ia mempunyai panel belakang dengan kemasan kulit jenis vegan yang mesra untuk semua pengguna.

Dengan kemasan ni HUAWEI Mate 30 Pro 5G ternyata tampak lebih eksklusif dan pastinya memberikan rasa yang lebih selesa apabila dipegang dan tiada masalah kesan cap cari yang timbul.

Terokai dimensi baru 5G dengan HUAWEI Mate 30 Pro 5G hanya pada RM4,199!

Jika anda ingin menjadi antara yang pertama menikmati pengalaman 5G sebenar di Malaysia, HUAWEI Mate 30 Pro 5G adalah pilihan terbaik. Dengan pembelian HUAWEI Mate 30 Pro 5G yang bakal dijual seluruh Malaysia mulai 7 Februari 2020, anda boleh menerima hadiah percuma yang bernilai sehingga RM537* tau!

HUAWEI Mate 30 Pro 5G ditawarkan pada harga RM4,199 saja dan ia ialah flagship HUAWEI sebagai telefon pintar berteknologi tinggi pada harga mampu milik. Bukan itu je, korang juga boleh membeli HUAWEI Mate 30 Pro 5G ni bersama pakej telco yang ditawarkan daripada Maxis, Celcom, Digi dan UMobile untuk lebih penjimatan.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai HUAWEI Mate 30 Pro 5Gklik di sini sekarang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×