Asuh

10 Mainan Untuk Galakkan Pertuturan & Tingkatkan Bahasa Anak

10
SHARES

Bermain adalah satu aktiviti menyeronokkan bagi kanak-kanak dan dengan bermain ia juga boleh membantu mereka mempelajari bahasa dan pertuturan anak-anak. Bagi ibu bapa yang tidak tahu, sebenarnya kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan si kecil.

Jadi, berikut merupakan antara 10 mainan untuk galakkan pertuturan dan bahasa anak seperti perkongsian Puan Hanis Athirah Rusli di laman Facebooknya. Jom tengok mainan apa yang ada…

Baca juga: Jangan Biasakan Trend Bawa Bayi Tengok Wayang, Banyak Kesan Tak Elok!

10 MAINAN UNTUK GALAKKAN PERTUTURAN &  TINGKATKAN BAHASA ANAK

Perasan tak, setiap hari kanak-kanak akan menghabiskan sebahagian besar masa mereka dalam bermain. Semasa bermain, dengan adanya rangsangan dan tindak balas dari persekitaran sebenarnya dapat membantu untuk meningkatkan perkembangan bahasa anak-anak. Dekat sini saya kongsikan contoh mainan yang sesuai dari peringkat usia dalam membantu mengalakkan pertuturan anak-anak.

1. ACTIVITY BOARD

Activity Board. Pada peringkat ni anak masih lagi bergelar bayi. Mereka mula mengembangkan kemahiran motor mereka dengan meneroka melalui deria yang ada. Anak-anak juga mula belajar sebab dan akibat ( cause and effect ). Activity board sebegini membolehkan bayi memanipulasi dan melihat kesan setiap sentuhan dan pusingan

2. BLOK

Blok. Blok ialah open ended toys iaitu permainan yang mengalakkan anak imaginatif. Anak boleh membina rumah, kenderaan dan banyak lagi berdasarkan daya imaginasi dan ktrativiti mereka. Untuk anak kecil boleh sediakan blok yang bersaiz besar dan lembut.

3. SHAPE SORTER

Shape Sorter. Pada usia ini, anak telah belajar untuk meningkatkan penyelesaian masalah dan tindakan pada objek. Mainan yang dicadangkan termasuk shape sorter. Lagi menarik jika disediakan bola dan tukul sekali. Ibu bapa boleh menggunakan ini untuk rangsangan bahasa sambil anak cuba untuk mengenalpasti dan membezakan bentuk.

4. SET MEMASAK

Set Memasak. Pada usia ini, anak telah belajar untuk meningkatkan penyelesaian masalah dan tindakan pada objek. Mainan yang dicadangkan termasuk shape sorter. Lagi menarik jika disediakan bola dan tukul sekali. Ibu bapa boleh menggunakan ini untuk rangsangan bahasa sambil anak cuba untuk mengenalpasti dan membezakan bentuk.

5. FRUIT & VEGETABLE SET

Fruit and vegetable set. Anak belajar untuk mengenal nama, bentuk rupa dan warna buah serta sayuran. Sambil melakukan pretend play cara potong buah dan sayur, anak akan belajar untuk berinteraksi tindakan yang mereka lakukan sambil menamakan mainan yang mereka mainkan.

6. DOLL HOUSE

Doll house. Membina dan membaiki rumah anak patung menggalakkan kombinasi permainan yang pelbagai, kemahiran yang diharapkan untuk kanak-kanak berumur 2-3 tahun. Kanak-kanak pada usia ini menunjukkan aksi yang berbeza-beza dan menggunakan frasa dan gabungan ayat yang berbeza-beza (cth. “Saya letak kerusi,” “Boy dapatkan susu”).

7. DOCTOR SET

Doctor set. Kanak-kanak mula tahu untuk melakonkan watak dengan meniru perwatakan realiti yang mereka pernah alami. Lawatan ke doktor adalah satu aktiviti yang tidak dapat dilupakan yang boleh anak-anak cipta semula dengan mainan. Tindakan yang dilakukan adalah lebih kompleks dan pelbagai (cth. pergi ke doktor, dapatkan pemeriksaan, pulang ke rumah)

8. ANIMAL FIGURINE

Animal figurine. Anak akan kaitkan mainan dengan benda hidup sebenar. Anak belajar untuk tahu nama, ciri dan belajar mengelas mengikut kategori yang ada.

9. MARBLE RUN

Mainan ini juga lebih kepada open ended toys dengan cirinya yang mengalakkan anak-anak meneroka, sarat dengan ciri edukasi. Anak lebih kreatif dan imaginasi. Mainan ni akan merangsang rasa ingin tahu anak tentang bagaimana untuk menghasilkan struktur yang stabil, bola bergerak dalam laluan yang berliku dan sebagainya.

10. BOARD GAME

Board Game. Memandangkan kanak-kanak kini memasuki zaman persekolahan, mereka menikmati permainan yang akan mencabar dan mengasah pemikiran mereka. Permainan papan seperti Snakes and Ladders, Cadoo, Scrabble, Candyland, dsb. adalah disyorkan. Permainan ini juga menggalakkan interaksi sosial yang baik.

*Jangan lupa beli mainan untuk anak. Tak salah untuk mereka bermain.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×