Dapur

Bangun 5 Pagi Sedia Bekal Untuk Suami, Ini Antara 10 Idea Menu Ringkas Yang Dikongsikan

471
SHARES

Makanan yang sihat, bersih dan sedap merupakan antara kriteria penting yang perlu diamalkan semasa menyediakan makanan kepada keluarga. Bukan sahaja di rumah, si isteri atau ibu juga boleh sediakan makanan sihat ketika si suami dan anak-anak berada di luar kawasan rumah. Maklumlah, kalau kita boleh elakkan penggunaan bahan perasa yang banyak di kedai makan tak salah kalau kita sediakan bekal makanan hasil dari air tangan kita sendiri kan?

Sedia bekal untuk suami

Budaya sediakan bekal untuk suami dah lama dipupuk dalam hidup aku sejak hari pertama kami kawin. Kau tahu ? Sebab dari awal dah di biasakan, suami aku tak ada istilah malu kalau ada yang ejek, “hek eleh, bawak bekal” ..

Bekal yang aku sediakan hanya menu ringkas asal perut suami aku terisi dengan menu sihat berbanding lauk yang dibeli di kedai yang belum tentu “lauk harini” .. Menu pun kebanyakan ikan atau ayam sahaja sebab kami memang jarang makan seafood & daging.

Biasa aku bangun jam 5 pagi sediakan sarapan & masak lauk bekal ni. Tiadalah penghargaan yang boleh aku tunjukkn pada suami melainkan benda ni . Setakat sekarang aku masih gagal untuk tidak sediakan bekal melainkan kami terpaksa pjj & aku memang betul-betul tak sihat.

1.Ayam masak halia, mixed salad

2. Ikan tumis tomyam, timun & salad, brown rice

3. Nasi, ikan goreng, kailan sos tiram

4. Brown rice, bendi, ayam masak lemak ciliapi

5. Sambal petai tempoyak, ayam goreng, brown rice

6. Nasi, brokoli steam, ayam masak halia

7. Nasi, ayam grill, sayur campur

8.Nasi, ayam goreng, sup carrot

9.Brown rice, sayur goreng, ikan singgang

10.Brown rice, ikan rebus goreng, salad, ikan masak kicap

*Patutlah suami sayang. Kalau buat bekal sebegini untuk anak-anak pun sesuai juga.

Sumber : Nurul Iman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×