Pantang

10 Checklist Barang Persiapan Untuk Ibu Bersalin, Awal Tak Kalut!

12
SHARES

Apabila disebut mengenai kehadiran cahaya mata pastinya pelbagai perasaan dan persiapan yang perlu dilakukan oleh para ibu bapa terutama sekali barangan keperluan si bayi. Namun begitu, kepada para ibu yang bakal melahirkan atau baru sahaja melahirkan anak barang keperluan buat ibu semasa berpantang juga adalah penting.

Terdapat beberapa peralatan yang penting perlu disediakan sebelum menghadapi tempoh berpantang yang panjang. Haaa, barang apa yang patut para ibu sediakan sebelum bersalin itu?

Baca juga: Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital. Letak Dalam Kereta Siap-siap!

CHECKLIST PERSIAPAN IBU BERSALIN PART 1

Untuk new mommy mesti tak tahu kan nak prepare apa, untuk baby selesai dah, tapi jangan lupa persediaan untuk diri sendiri berpantang. Boleh prepare barang awal-awal supaya nanti tak lah kalut. Mental fizikal pun nak kena jaga, baru tenang je nak urus baby.

NAH LIST UNTUK KORANG:

  • Maternity pads

Sebelum-sebelum ni pakai yang patern macam pad biasa kita datang bulan tu, tapi senang bocor guna yang style pants macam ini memang confirm tak bocor.

  • Breast pads

Perlu ye sebab tak nak leaking. Nak guna yang pakai buang tu pun boleh juga, tapi suka yang reusable macam ini. Beli banyak sikit lepas itu basuh.

  • Breast pump

Benda memudahkan kerja mommy, lagi-lagi yang nak kembali untuk bekerja.

  • Nipple cream

Untuk breast yang melecet dan pedih.

  • Nipple protector

Kalau dah pedih sangat, boleh guna nipple protectors ini atau nak breastfeed baby yang dah ada gigi.

  • Minyak panas

Lepas mandi, boleh lah pakai minyak panas. Suka gila NR minyak Herbanika ini. Sapu dekat perut dengan kaki. Sedap badan.

  • Tapel, pilis, param

Tapel= Pakai kat perut.

Pilis= Kat dahi.

Param= Badan.

  • Lotion panas

Boleh urut dan panaskan badan.

  • Tungku elektrik

Kalau ada batu sungai boleh lah korang pakai, i pantang sendiri tak larat nak panaskan batu, so pakai tungku elektrik je. Caj lepas itu pakai.

  • Silicone milk pump

Tak nak bagi susu membazir or menitik-nitik especially time bengkak.

Sumber: Facebook Nur Sumayyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×