2-4 Tahun

4 Cara Tidurkan Anak Awal Waktu. Tips Biar Mudah Lena!

143
SHARES
4 Cara Tidurkan Anak Awal Waktu. Tips Biar Mudah Lena!

Cara Tidurkan Anak Awal Waktu

Ramai ibubapa yang mengalami masalah untuk menidurkan anak lebih-lebih lagi yang sedang aktif seperti kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun. Ada yang terpaksa berkejaran dengan anak yang enggan tidur dan tidak berhenti bermain. Puaslah memujuk tetapi mereka masih enggan tidur. Mungkin tip di bawah boleh membantu anda.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Anakanda Wajdi yang berumur 3 tahun adalah seorang anak yang aktif, sihat dan petah berkata-kata. Jika tiba waktu tidur, saya akan mengajaknya tidur dan biasanya memang tiada bantahan.

Bila anak banyak main siang hari, susah mahu tidur. Ada yang sampai jam 2-3 pagi, mata masih terbeliak lagi. Ikut cara tidurkan anak awal waktu ini. Apakah tipnya?

4 Cara Tidurkan Anak Awal Waktu. Tips Biar Mudah Lena!

Foto Kredit: thesleepingminds.com

1. Biar anak main puas-puas dahulu

Beri anak masa yang secukupnya untuk dia bermain. Hanya kita yang tahu bila waktu yang sesuai untuk dia berhenti dan tidur. Menghalang anak daripada bermain hanya akan membuatkan anak resah. Bermain adalah fitrahnya. Kadangkala dengan bermain sebentar, akan membuatkan dia letih dan lebih mudah untuk tidur.

2. Buat rumah senyap-sunyi

Hentikan segala aktiviti yang boleh menggangunya tidur buat seketika seperti menutup televisyen. Jangan pula paksa anak tidur, sementelahan ibu-bapa masih lagi menonton televisyen di ruang tamu. Teman anak naik ke bilik, tepuk belakang hingga dia tertidur.

3. Lampu bilik tidur yang malap

Menyediakan bilik tidur yang baik dan selesa untuk anak. Suasana bilik tidur yang suram dan tidak terang akan membantunya untuk tidur. Jika anak takut gelap, usah pula buka lampu kalimantang. Bila terang-benderang, lagi susah anak mahu tidur.

4. Temankan anak

Saya faham, ramai ibu-bapa yang bekerja dan penat mahu melayan anak. Jangan selfish sangat sehinggakan anak mahu tidur, dibiarkan sendiri. Ambil peluang untuk menyanyi dan bercerita tentang kisah yang menarik minat anak. Ketika anak sudah berada di tempat tidurnya, baringlah di sebelah nyanyikan untuknya beberapa lagu dan cerita yang baik.

Pengalaman Saya: Cerita Si Putih

Inilah yang membuatkan Wajdi suka hendak tidur. Kerana Si Putih!

Siapakah Si Putih? Si Putih adalah karekter yang saya wujudkan di dalam penceritaan saya. Biasanya saya akan baring di sebelah Wajdi dan akan menyanyi beberapa buah lagu kanak-kanak yang disukai nya dan kemudian bercerita.

Si Putih adalah seekor kucing yang sangat baik. Cerita ini telah banyak membantu saya untuk membantu Wajdi menjadi anak yang baik di sekolah, di rumah dan di mana sahaja. Si Putih adalah karektor kucing yang suka pergi ke sekolah dan mempunyai ramai kawan.

Bagaimana saya mengaitkan karektor Si Putih dengan Wajdi dan kehidupannya. Contoh mudah adalah begini.

Jika hari itu Wajdi didapati tidak mahu berkongsi barang dengan abang-abangnya mahupaun kawan-kawan, maka saya akan selitkan kisah berkongsi di dalam penceritaan saya. Seperti:

“…….Si Putih mempunyai sebiji kereta berwarna merah. Dia sangat menyukai keretanya itu. Pada suatu hari, abangnya, Si Tompok ingin meminjam kereta Si Putih.

” Putih…boleh tak saya meminjam kereta awak? ” Si Putih seekor kucing yang baik hati dan tidak lokek.

” Boleh, apa salahnya. Kita main sama-sama ya!”

Di sinilah saya menyelitkan nasihat untuk Wajdi. Dia pasti akan terleka di samping sebelum itu terhibur dengan pelbagai bunyi lucu dari saya. Biasanya saya akan mengakhiri cerita saya dengan bacaan Al-Fatihah, Ayatul Kursi, 3 Qul dan surah Taha ayat satu hingga 5 untuk melembutkan hatinya..

Tip ini mungkin dapat membantu anda menyelesaiakan masalah anak yang tidak mahu atau susah tidur. Moga disayangi Allah sentiasa.

Jika anak masih ada masalah untuk tidur sendiri, baca tips pisahkan anak dari tempat tidur.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×