Deko & Hias

Cara Genius Bersihkan Kipas Siling Dengan Sarung Bantal. Tak Kotorkan Rumah!

4.2K
SHARES

“Malasnya nak bersihkan kipas siling ni. Nanti habuknya jatuh, nak kena sapu lantai pulak…”

Bila kipas dah mula perlahan dan angin yang dihasilkan pun dah berkurang, itu tandanya kipas perlu dibersihkan. Habuk-habuk yang melekat pada bilah kipas menyebabkan putaran kipas menjadi perlahan dan kurang efisyen untuk memutarkan angin dengan berkesan.

Yang malasnya, bukan senang nak bersihkan kipas siling di rumah, lebih-lebih lagi bila kita tak ada banyak masa untuk diluangkan pada hari tersebut. Mak-mak pula faham sajalah, kadang-kadang baru mula membersih 5-10 minit, anak kecil pula dah terjaga. Lantai yang penuh habuk tentu akan membimbangkan kesihatan anak-anak kecil yang cepat sensitif.

Jadi, di sini kami ingin kongsikan salah satu cara genius untuk anda membersihkan kipas siling dengan cepat tanpa mengotorkan ruang dalam rumah.

Cara Bersihkan Kipas Siling Dengan Cepat Tanpa Kotorkan Rumah

Untuk membersihkan kipas siling dengan cepat, mudah, dan tidak mengotorkan rumah, kita tak perlu gunakan penyapu siling, tuala, atau kain buruk sebab cara seperti ini akan menyebabkan habuk berterbangan serta mengotorkan lantai.

Sebenarnya tak perlu pun apa-apa alatan yang canggih. Tapi apa yang kita perlukan hanyalah 1-2 helai SARUNG BANTAL yang dah lama.

Caranya mudah saja.

1. Spray Cuka Pada Sarung Bantal

Mula-mula, sediakan 1-2 helai sarung bantal lama.

Kemudian, bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air biasa. Kemudian, masukkan bancuhan air ini ke dalam botol spray. Seperti yang kita tahu, cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria.

Semburkan ke bahagian dalam sarung bantal yang dah lama. Sembur secukupnya hingga agak lembap.

Kalau tak ada cuka atau tak suka pakai cuka, boleh juga guna agen pencuci lain macam sabun pencuci.

hilangkan kutu

Foto Kredit: snughughome.com

2. Sarungkan Pada Bilah Kipas

Kemudian, bersedialah untuk memanjat tangga dan membersihkan bilah-bilah kipas.

Sarungkan sarung bantal yang dah disembur dengan cuka tadi pada bilah kipas pertama.

3. Kesat Habuk Sampai Bersih

Bila dah sarungkan, inilah masanya untuk anda kesatkan habuk-habuk pada kipas hingga tertanggal.

Kalau kita guna sarung bantal begini, semua habuknya akan jatuh dan terperangkap dalam sarung bantal. Jadi, habuknya takkan berterbangan dan tak mengotorkan ruang.

4. Ulang Hingga Puas Hati

Ulangi pada bilah-bilah kipas yang seterusnya hinggalah anda puas hati.

Tengok contoh hasilnya di bawah ini.

Wah, Memang Mudah Dan Cepat

Sarung bantal yang dah memerangkap habuk tadi bolehlah dibersihkan dan dicuci supaya ia boleh digunakan semula untuk proses mencuci seterusnya.

Genius, kan?

Lepas ini bolehlah cuba guna teknik ini untuk bersihkan habuk pada kipas siling dengan mudah dan cepat, tanpa mengotorkan ruang dalam rumah.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×