Deko & Hias

Nak Elak Kipas Cepat Berhabuk, Gunalah 2 ‘Bahan Rahsia’ Ini

2.8K
SHARES
elak kipas berhabuk

“Bengangnya rasa… Kipas ni baru bersihkan hari tu, ni tak sampai seminggu dah berhabuk semula.”

Mesti ramai yang mengalami masalah begini kan? Kipas angin di rumah senang sangat perangkap habuk. Leceh nak bersihkan selalu. Yalah, nak buka satu-satu memang ambil masa.

Sebenarnya ada cara yang mudah yang boleh anda cuba supaya habuk tak mudah melekat pada bilah dan jaring kipas.

Jangan tak percaya, hanya perlu gunakan 2 bahan yang murah dan mudah didapati iaitu – pelembut fabrik dan cuka makan!

Berikut adalah tips oleh Alosnida Musa yang sangat menarik hingga mencecah 15K perkongsian!

Tips Elak Kipas Cepat Berhabuk

Berikut adalah cara mengelakkan kipas anda cepat berhabuk dengan menggunakan 2 bahan ‘keramat’ iaitu

  • pelembut fabrik (softner)
  • cuka makan

*Campurkan kedua-dua bahan bersama air biasa dengan nisbah 1:1:1 pada setiap bahan. 

Cara-cara

1. Bersihkan Kipas Terlebih Dahulu

Mula-mula, bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Masukkan Campuran Cuka, Pelembut Pakaian & Air Ke Dalam Botol Spray

Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Semuanya dengan nisbah 1:1:1. Maksud nisbah 1:1:1 ni kiranya semua sama banyak. Kalau satu sudu, semua satu sudu. Kalau satu penutup, semua satu penutup.

Kalau tak ada cuka di rumah, ada juga yang kata boleh gunakan campuran air dan pelembut pakaian sahaja. Ramai yang pernah cuba memang kata hasilnya tetap memuaskan, habuk lambat melekat.

Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.

3. Sembur Pada Kipas

Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

4. Biarkan Sekejap & Lap Semula

Biarkan selama 5 minit. Kemudian, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

5. Keringkan

Akhir sekali, biarkan kipas kering. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

Oh ya, ulangi semula langkah ini 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tu tak melekat sampai setahun ya.

Wah, Mudahnya!

Kalau tak percaya, cubalah dulu dan tengok hasilnya. Memang mudah, hanya guna 2 bahan yang biasa ada di setiap rumah. Kos pun murah, tak perlu beli sabun atau pencuci mahal-mahal.

Jadi bolehlah cuba di rumah nanti, terutamanya menjelang musim perayaan ini.

Apapun, yang penting perlulah utamakan kebersihan supaya kita tak mudah terkena penyakit dan alahan, terutamanya rumah yang ada anak kecil.

Kalau anda ada tips-tips lain yang berguna dan praktikal bolehlah kongsikan dengan kami. Semoga lebih ramai yang dapat memanfaatkannya.

 

*Tips elak kipas berhabuk ini dikongsikan oleh Alosnida Musa menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×