Famili

Zoo Negara Dibuka Semula Esok, Tawar Tiket Masuk Harga Serendah RM10.80!

44.3K
SHARES

Nampaknya, bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bakal berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 5 Mac iaitu esok. Maka, pergerakan merentas daerah bagi merancakkan industri ekonomi dan perlancongan dalam daerah yang berbeza sudah dibenarkan.

Salah satu lokasi menarik yang wajib diangkat semula sebagai salah satu tarikan perlancongan adalah Zoo Negara. Mengalami penurunan merosot dari segi ekonomi sejak PKP, Zoo Negara ‘memanggil’ semula orang ramai untuk berkunjung ke sana yang akan dibuka semula esok.Paling menarik sekali adalah tawaran tiket masuk adalah serendah RM10.80!

Tiket Masuk Zoo Negara Diskaun 40% , Hanya serendah RM10.80!

Dah lama dah tak masuk zoo bukan? Inilah masanya untuk anda bawa anak-anak dan seisi keluarga keluar melawat haiwan-haiwan di sana. Bukan itu sahaja, sesi melawat ke zoo membolehkan anak-anak mempelajari tentang kehidupan liar. Oleh itu, beli sekarang dengan harga lebih murah! Zoo Negara bagi diskaun tiket masuk 40%!

– Dewasa: RM27

– Kanak-kanak: RM10.80

TIKET SAH SAMPAI BULAN SEPTEMBER

Tiket ni sah sampai bulan 9, 2021. Bukan itu sahaja tiket ni termasuk juga untuk lawatan Giant Panda Conservation Centre di dalam zoo tersebut. Hanya beli baucar ini dan tebus di Zoo Negara, kaunter 6 nanti.

Baucar tawaran ni hanya boleh dibeli melalu Shopee App tau! Jadi cepat yang masih belum ada muat turun Shopee App dan kemudian tekan link di bawah untuk beli tiket Zoo! Boleh tahan murah ni tiket dia! Tiket hanya untuk warganegara Malaysia sahaja!

Maklumat Lanjut: https://www.savingkaki.com/…/gaya-hidup-tiket-masuk…/

Tarikh Promosi: Dari sekarang

Lokasi Promosi: Shopee (https://go.savingkaki.com/ShopeeGivesBack-MotherNature)

Sumber: Jimat Kaki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×