Hebahan

Wyeth Nutrition Membincangkan Tentang Kepentingan Semangat Berdikari dan Membentuk Keyakinan dalam Kanak-kanak

2
SHARES

Wyeth Nutrition menganjurkan Kempen #LetThemLearn bagi mendidik ibu bapa tentang manfaat membenarkan anak mereka belajar untuk menjadi lebih berdikari.

Inisiatif berani ini menyediakan platform kepada ibu bapa untuk memahami konsep pembelajaran secara bebas dan memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali diri mereka sendiri.

wyeth pic2

Wyeth Nutrition, perintis dalam bidang sains pemakanan dan rakan pembimbing keibubapaan, melancarkan kempennya yang terbaru iaitu kempen #LetThemLearn. Sesuai dengan namanya, kempen ini bertujuan mendidik ibu bapa tentang keseronokkan dan keindahan membiarkan anak-anak belajar sendiri serta membenarkan mereka membesar menjadi individu yang mempunyai jati diri dan berdikari. Berteraskan kepada idea bahawa dengan memberi kebebasan serta menyemai tanggungjawab ke dalam diri kanak-kanak berupaya menggalakkan tumbesaran, Wyeth Nutrition dengan kerjasama pakar kanak-kanak, Ruth Liew dalam bengkel keibubapaan ‘Menerokai Kegembiraan Dalam Dunia Pembelajaran’ akan memperkenalkan kepentingan dalam memberi anak-anak rasa bangga dan kepercayaan dalam proses pembelajaran.

Kempen #LetThemLearn dianjurkan dengan tujuan untuk memdidik ibu bapa agar membenarkan anak-anak mereka belajar menjadi individu yang berkemahiran, bertanggungjawab dan berdikari disamping memiliki disiplin diri, rasa cinta dan bersemangat. Inisiatif berani anjuran Wyeth Nutrition ini menyediakan sebuah platform kepada ibu bapa untuk menerima konsep pembelajaran bebas dan memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali diri mereka sendiri, dengan itu mencerahkan lagi masa depan mereka. Dalam pengkonsepsiannya, Wyeth Nutrition telah menghasilkan sebuah panduan keibubapaan, yang merangkumi ujian personaliti, senarai semak pencapaian pembangunan, satu set aktiviti kad imbas digital, serta panduan maklumat Multiple Intelligence.

“Ada ibu bapa yang merasa seronok dan gelisah ketika berdepan dengan isu membenarkan anak-anak mereka belajar sendiri, namun apabila kita membenarkan anak-anak kita untuk mengenali diri mereka sendiri, adalah sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan mereka dengan nutrisi dan bimbingan yang sesuai bagi membantu tumbesaran mereka,” kata Pengarah Pemasaran Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn Bhd, Mohd Zaki Mohd Zin. “Hari ini, Wyeth Nutrition memperkenalkan kempen ini bagi menunjukkan kepada ibu bapa tentang betapa puasnya apabila melihat anak-anak mereka membentuk pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, asas kemahiran motor dan sosial tanpa lindungan terlampau dari mereka.”

Ajar Seseorang Itu Menangkap Ikan, dan Anda Memberinya Makan Seumur Hidup

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Wyeth Nutrition turut menganjurkan bengkel keibubapaan di mana ibu bapa berkumpul bagi bertukar pendapat dan menyatakan kebimbangan mereka tentang perkara berkaitan pembelajaran dan penjagaan anak-anak mereka. Sesi ini mengulas tentang isu-isu keibubapaan yang dihadapi di zaman moden ini dan membuka dialog mengenai tahap kelonggaran yang perlu diberikan oleh ibu bapa dan bagaimana untuk menangani kesilapan anak-anak mereka. Sesi berkenaan dipengerusikan oleh Ruth Liew yang merupakan pakar dalam bidang pembangunan kanak-kanak dan penulis buku berkaitan keibubapaan. Beliau telah berkongsi pandangannya tentang peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi membantu memupuk semangat berdikari dalam diri anak-anak.

Liew menegaskan bahawa dengan menyediakan batasan serta ruang untuk anak-anak belajar daripada kesilapan mereka akan membantu mereka berfikir secara kritikal dan menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan. “Apabila ibu dan bapa yang terlalu melindungi, menyelesaikan masalah atau sentiasa mengawasi anak-anak mereka, ia boleh membentuk satu kefahaman negatif dalam jangka masa panjang. Ibu bapa sepatutnya membenarkan anak-anak bermain dan mengalami sendiri baik buruk kehidupan. Ianya akan meninggalkan kesan pada kehidupan mereka. Belajar daripada kesilapan mereka sendiri akan meletakkan mereka dalam landasan yang betul menuju kejayaan.”

Tambah beliau, “Anak-anak akan membentuk personaliti positif secara semula jadi dan belajar berdikari dengan kasih sayang, galakan dan keyakinan ibu bapa mereka. Kita perlu lengkapkan anak-anak kita dengan kemahiran dan panduan yang betul. Dengan cara ini, kita boleh belajar untuk melepaskan kegelisahan dan memberikan lebih kepercayaan kepada anak-anak kita untuk belajar sendiri. Anak-anak yang belajar untuk membetulkan kesilapan sendiri atau menemui penyelesaian yang betul bagi sesuatu masalah sendiri berupaya membentuk jati diri serta memiliki keyakinan yang lebih tinggi untuk berinteraksi dengan dunia mereka.”

Menyubur dan Memupuk Multiple Intelligence bagi Menyemai Semangat Berdikari

Wyeth Nutrition, peneraju sains dan pembangunan pemakanan kanak-kanak selama lebih seratus tahun di seluruh dunia, menumpukan usahanya ke arah mereka bentuk secara saintifik produk pemakanan yang dapat menggalakkan pertumbuhan fizikal dan mental. Dengan objektif yang jelas untuk menggalakkan tumbesaran, Wyeth Nutrition sentiasa menyokong usaha mengenalpasti bakat kanak-kanak dan Multiple Intelligence. “Wyeth Nutrition telah menerajui bidang sains pemakanan yang berinovasi dengan produk yang berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan anak kecil dan ibu yang menyusukan anak,” kata Zaki. “Untuk lebih sekurun lamanya, kami berdedikasi untuk menyediakan produk yang mempunyai nilai pemakanan dan manfaat yang optimum.”

Berbangga dengan pembangunan dalam tiga bidang Multiple Intelligence – Badan Cergas (Body Smart), Otak Pintar (Brain Smart) dan Bijak Bersosial (People Smart), Wyeth Nutrition dengan bangganya menyokong pembelajaran secara bebas dan membuka mata ibu bapa untuk menyedari potensi dalam diri anak-anak mereka. “Perjalanan untuk mengenali diri bersama anak-anak memberi kita peluang untuk membentuk hubungan positif dengan mereka dan mengeratkan hubugan seisi keluarga,” kata Zaki. “Dengan memberikan sedikit kepercayaan kepada anak-anak, kita membantu mereka untuk mengembangkan kemampuan untuk berfikir secara kritikal, membina jati diri dan menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari.”

Selain menyediakan pemakanan berkhasiat dalam proses tumbesaran yang sihat, Wyeth Nutrition telah menubuhkan S-MAMA Club sebagai rakan kepada ibu bapa dengan menyediakan nasihat berguna berkaitan pemakanan dan keibubapaan. Setelah pelancaran profilnya di platform utama perkhidmatan pesanan Malaysia, WeChat baru-baru ini, Wyeth Nutrition berazam untuk menyediakan akses terhadap perkhidmatan pengguna secara peribadi kepada ibu bapa. Dilengkapi dengan aplikasi mudah alih keibubapaan dan kadar maklum balas yang pantas terhadap sebarang pertanyaan dan keperluan merentasi pelbagai platform digitalnya, Wyeth Nutrition boleh menawarkan perkhidmatan secara individu untuk para ibu.

“Sementara kami terus berinteraksi dengan ahli S-MAMA Club yang telah pun menerima pelbagai ganjaran dan manfaat darinya, kami berharap untuk bekerjasama dengan pakar-pakar dalam bidang penjagaan kanak-kanak dan keibubapaan bagi membantu ibu bapa dalam menjaga anak-anak mereka dan menyediakan produk pemakanan berkhasiat yang terbaik dalam memupuk Multiple Intelligence,” kata Zaki sebagai kesimpulan.

Sertai gerakan kempen #LetThemLearn dan ketahui lebih banyak lagi dengan mengikuti kami di laman Facebook di mana anda boleh menikmati keistimewaan dan manfaat eksklusif terkini S-MAMA Club. Serta, tonton video #LetThemLearn di:

Multiple Intelligence: Body Smart

Multiple Intelligence: Brain Smart

Multiple Intelligence: People Smart

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan produk-produk Wyeth Nutrition dan nasihat keibubapaan, sila layari www.wyethnutrition.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1-800-88-5526.

LAMAN WEB https://www.wyethnutrition.com.my/
FACEBOOK https://www.facebook.com/WyethNutrition
WECHAT WyethNutritionMY
HASHTAG #LetThemLearn

wyeth pic1

Mengenai Wyeth Nutrition

Wyeth Nutrition merupakan sebahagian daripada Nestlé S.A.. Wyeth Nutrition membangunkan produk-produk pemakanan berkualiti tinggi yang berasaskan sains bagi memenuhi keperluan golongan si kecil serta ibu mengandung dan yang sedang menyusu. Sebagai perintis dalam sains pemakanan kanak-kanak, ia telah menjadi misi kami untuk membekalkan pemakanan terbaik bagi kesejahteraan masa depan. Untuk selama hampir satu abad, Wyeth Nutrition telah memanfaatkan sepenuhnya ketelitian klinikal, penyelidikan saintifik, pembuatan berkualiti dunia dan taraf keselamatan produk. Kami menyediakan penyelesaian terbaik berasaskan sains yang berupaya menyakinkan ibu-bapa dalam pembekalan khasiat kepada anak-anak mereka, sekaligus menuju ke masa depan yang lebih sihat. Baru-baru ini, susu formula Wyeth Nutrition S-26 Gold Progress dan S-26 Gold Promise yang pernah memenangi pelbagai anugerah, telah dinobatkan sebagai Produk Terbaik 2016.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×