Kini Trending

#WorldCup2022 : Penyokong Jepun Dipuji, Kutip Sampah Orang Lain Dalam Stadium Sampai Bersih!

29
SHARES
world cup 2022

Piala Dunia FIFA atau World Cup Qatar 2022 yang sudah bermula pada 20 November lepas telah menarik berjuta-juta peminat dari seluruh dunia berpusu-pusu ke negara itu untuk menyaksikan perlawanan bola sepak yang menarik.

Selain dari negara Qatar mendapat pujian kerana Penganjuran World Cup kali ini menyaksikan negara ini menyelitkan elemen-elemen Islam di setiap sudut penganjuran acara,  termasuklah semasa ‘opening ceremony’ apabila Surah Al-Muftah dibacakan di hadapan pelakon terkemuka, Morgan Freeman. World Cup 2022 kali ini juga menarik orang ramai kerana tindakan penyokong dari Jepun yang dilihat mengutip sampah dalam stadium!

Baca juga: World Cup Qatar 2022 Dipuji, Selit 6 ‘Dakwah Halus’ Islam Di Setiap Sudut Sampai Dalam Hotel!

#WORLDCUP2022 : PENYOKONG JEPUN KUTIP SAMPAH DALAM STADIUM

Video yang dikongsikan oleh pengguna di laman Tiktok dikenali sebagai @qatarliving yang mendapat lebih 10 juta tontonan menyaksikan tindakan murni penyokong Jepun yang tidak dilakukan oleh rakyat negara lain.

Apabila penyokong meninggalkan stadium dengan perasaan menang (atau kalah), mereka juga cenderung meninggalkan timbunan sampah. Ini adalah kes di Stadium al-Bayt Doha kerana ramai penyokong meninggalkan sampah selepas perlawanan pembukaan antara Ecuador dan Qatar pada Ahad.

Dilengkapi dengan beg sampah yang besar, kumpulan penyokong dari Jepun ini tidak pulang dahulu selepas tamat menonton perlawanan untuk membersihkan lebihan sisa yang ditinggalkan oleh penonton lain.

@qatarliving

🇯🇵❤️

♬ original sound – qatarliving

Dalam video tersebut, penyokong Jepun itu dilihat mengambil timbunan botol, bekas makanan dan pelbagai sampah yang ditinggalkan di dalam stadium.

“BURUNG TIDAK MENGOTORI SARANG IA AKAN PERGI..”

Seorang netizen Jepun meninggalkan komen di video tersebut mengatakan tindakan ini adalah berdasarkan pepatah Jepun yang mengatakan “Burung tidak mengotori sarang ia akan pergi,” yang diterjemahkan kepada membersihkan sebelum meninggalkan sesuatu adalah ihsan biasa. Pengguna lain menggesa penonton yang akan hadir pada perlawanan hadapan untuk membersihkan kawasan stadium juga selepas perlawanan tamat.

Sumber: Tiktok @qatarliving

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×