Hebahan

[INFOGRAFIK] Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang ‘Work From Home’ Sepanjang Tempoh PKPB

2
SHARES

Terbaharu, semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarah bekerja di rumah mulai 22 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semalam, pelaksanaan arahan ini berkuatkuasa sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat.

ARAHAN WORK FROM HOME UNTUK KEKANG PENULARAN COVID-19

Berdasarkan sistem pangkalan data MITI COVID-19 Intelligent Management System (CIMS), jumlah pekerja yang berdaftar dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya adalah seramai 3.1 juta orang.

Mengambil tanggungjawab bersama untuk melindungi kesihatan rakyat dan pekerja, MITI akan segera melaksanakan keputusan MKN supaya pihak industri memperkenalkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan sebagai langkah untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan pandemik COVID-19 terutamanya di kawasan yang sedang menjalani PKPB.

HAD 4 JAM SAHAJA BEKERJA DI PEJABAT

Bagi mereka yang tinggal di zon merah dan perlu bekerja di pejabat, mereka perlu menjalani ujian saringan. Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, pekerja yang tinggal di kawasan zon merah perlu melakukan swab test dan jika pihak majikan mencarum dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), kos akan ditanggung.

Sumber: MITI 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×