Hebahan

Jangan Panik! Ini Apa Yang Anda Boleh & Tak Boleh Buat Sepanjang PKPB

96
SHARES

Nampaknya, berikutan dengan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara, Kerajaan akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 hingga 27 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak.

APA YANG ANDA BOLEH & TAK BOLEH BUAT SEPANJANG PKPB?

Namun, masih ramai dalam kalangan kita yang terkejut dengan berita ini dan masih tertanya-tanya apakah perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh ini?

Berikut adalah enam ringkasan PKPB yang dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya:

1. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

2. Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

3. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

4. Masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam turut ditutup, di samping semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya, serta majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan.

5. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam turut tidak dibenarkan beroperasi.

6. Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa dan senarai prosedur operasi standard (SOP) lanjut dan terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Sumber: Sinar, Awani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×