Hebahan

Wira Original Malaysia – 4 Individu Ini Berbakti Kepada Negara Dengan Cara Unik Mereka

1.2K
SHARES

Setelah melalui pelbagai cabaran sejak awal tahun 2020, pastinya telah membuka mata kita bahawa tak semua wira memakai uniform mahupun berada di barisan hadapan. Boleh jadi rakan, jiran atau sesiapa sahaja di sekeliling kita adalah wira kepada seseorang.

Bersempena Hari Kebangsaan Ke-63, Jacob’s ingin menghargai beberapa individu yang memberikan impak positif kepada orang ramai dan menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih selamat dan baik dengan cara mereka sendiri.

Jacob’s rai Wira Original Malaysia

Kredit: Facebook Jacob’s Malaysia

Jika tahun lepas Jacob’s meraikan 8 ikon original Malaysia, maka sempena Hari Kebangsaan tahun ini, #TheOriginalsMY oleh Jacob’s mengajak kita untuk menghargai 4 individu ini yang telah pun menjadi Wira Original Rakyat Malaysia. Siapa mereka?

Nur Azmina Burhan – Potong rambut golongan kurang berkemampuan secara percuma

Pernah nampak kelibat wanita bertudung ini menyikat dan menggunting rambut golongan kurang berkemampuan di sekitar ibu kota Kuala Lumpur? Itulah Nur Azmina Burhan. Beliau telah menjadi pereka fesyen rambut sejak umur 19 tahun.

Sebagai sukarelawan aktif, Nur Azmina telah banyak membantu golongan kurang berkemampuan ini dengan menawarkan potongan rambut kepada mereka secara percuma. Hal ini sekaligus memberikan penampilan yang lebih kemas dan harapan baru kepada mereka.

R. Jeganathan – Latih atlet Paralimpik kebangsaan sehingga peroleh pingat emas & cipta rekod dunia

Siapa tidak kenal R. Jeganathan yang terkenal sebagai jurulatih Paralimpik kebangsaan. Walaupun banyak cabaran melanda, beliau ternyata mampu mengubah kecacatan menjadi kemampuan kepada seseorang. Apa buktinya?

R. Jeganathan tidak pernah berputus asa melatih atlet Paralimpik kebangsaan negara kita selama beberapa tahun. Hasilnya, mereka mampu memperoleh tiga pingat emas dan mencipta dua rekod dunia di Paralimpik Rio 2016.

Adrian Wong – mengubah barang sukan menjadi peralatan menyelamat untuk barisan hadapan

Adrian Wong merupakan seorang teknopreneur yang mengubah barang sukan menjadi peralatan menyelamat dengan menggunakan teknologi percetakan 3D. Sebagai contoh, beliau mengubah topeng snorkel menjadi alat pernafasan. Kreatif!

Peralatan menyelamat ini kemudiannya disumbangkan kepada barisan hadapan negara. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu barisan hadapan dan sangat berguna untuk mereka melawan wabak Covid-19.

Rizo Leong – berkarya mengumpul dana buat barisan hadapan ketika PKP

Rizo Leong ialah seorang pengukir seni ukiran kayu yang terkenal di Sabah. Beliau banyak bekerjasama dengan artis tempatan lain untuk memperjuangkan karya demi tujuan sosial kepada mereka yang memerlukan.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, Rizo Leong mengambil keputusan untuk mengumpul dana dengan karyanya. Dana tersebut disumbangkan terus kepada barisan hadapan sepanjang tempoh PKP.

Kredit: Facebook Jacob’s Malaysia

Rasa terinspirasi pula bila lihat keempat-empat individu ini dengan cara mereka tersendiri untuk menyumbang kepada negara. Mereka membuktikan bahawa kita tinggal di sebuah negara yang terdiri daripada orang yang sentiasa bersedia membantu insan yang memerlukan. Ini barulah kita boleh gelar Wira Original Rakyat Malaysia!

Ada sesiapa di sekeliling yang anda rasa berhak dapat gelaran Wira Original Rakyat Malaysia ni?

Calonkan wira anda sekarang!

Sempena merdeka tahun ini, Jacob’s #TheOriginalsMY mahu mengajak anda untuk mencalonkan wira original anda sendiri. Calonkan mereka yang anda rasa layak, tak dapat ditukar ganti dan memberi inspirasi luar biasa dalam kehidupan seharian.

Bagaimana untuk menghargai wira original anda sendiri? Mudah saja. Anda hanya perlu menggunakan filter AR Instagram Jacob’s dan wajah Wira Original Rakyat Malaysia anda akan terukir pada biskut Jacob’s. Sangat menarik!

Jangan lupa #TheOriginalsMY dan tag @jacobs_malaysia pada setiap posting Instagram anda ya. Imbas kod QR di bawah untuk mengakses filter AR tersebut atau lawati profil Instagram Jacob’s Malaysia (@jacobs_malaysia) untuk dapatkan info lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Page Jacob’s Malaysia.

Jom raikan Wira Original Malaysia anda bersama Jacob’s #TheOriginalsMY merdeka ini. Selamat Hari Kebangsaan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×