Famili

“Wife Dr Pantang Tak?”- Isteri Dr Say Pilih ‘Pantang Moden’ Selepas Bersalin

49
SHARES

Budaya berpantang selepas bersalin merupakan tradisi turun temurun yang biasa diamalkan dalam masyrakat kita. Menurut orang-orang tua, berpantang haruslah dilakukan dengan betul agar dalaman ibu sentiasa sihat. Antara pantang larang yang sering disebut ialah ibu harus menjaga makan supaya tidak badan tidak gatal-gatal.

Walau bagaimanapun, bagi seorang doktor popular, Dr Say Shazril, dia tidak menyuruh isteri tercinta, Dr Azura untuk berpantang selepas bersalin.

Baca juga: Masa Berpantang Boleh Tidur Dalam Aircond Ke? Ini Jawapan Pakar

ISTERI DR SAY PILIH PANTANG MODEN SELEPAS BERSALIN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Menurut doktor berusia 33 tahun itu, dia menjelaskan setiap kali isterinya bersalin, Dr Azura tidak akan berpantang. Hal ini kerana, mereka hanya fokus pengambilan makanan seimbang seperti ayam, ikan telur, pisang dan sebagainya. Jelasnya lagi, makanan yang dikatakan punca ‘gatal’ atau ‘bisa’ itu tidak logik kerana ia hanya akan berlaku jika seseorang itu mengalami masalah elergik.

Jawapannya, sejak anak pertama & termasuk anak kedua ni bini sy tidak berpantang. “Whats? Tak pantang? Badan nak guna lama kot” jerit makcik bawangs di FB. Sekali lagi sy ingin tekankan yg kami tidak menentang sesiapa yg ingin berpantang. Nak pantang silakan, taknak pantang pun silakan.

BERGANTUNG KEPADA BADAN & KEPERCAYAAN IBU SENDIRI

Walau bagaimanapun, Dr Say berpendapat setiap ibu mempunyai kepercayaan tersendiri. Jadi, terpulang kepada mereka mahu berpantang secara moden atau tradisional. Apa yang penting ibu sentiasa gembira dan tidak stres dalam tempoh selepas bersalin.

Kesimpulannya, bergantung kepada kepercayaan ibu tu sendiri sama ada nak amalkan pantang-larang ini atau tak. Yang penting jangan terlalu extreme supaya ibu-ibu sentiasa cergas, ceria dan sihat semasa dalam pantang. Kalian macam mana? Pantang modern or tradisional? Open conversation k?

“ANAK EMPAT PUN SAYA TAK PANTANG”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata ibu berkongsi pengalaman masing-masing. Ada juga yang mengamalkan kedua-dua pantang iaitu moden serta tradisional dan ada juga yang hanya memilih untuk pantang secara moden kerana lebih memudahkan.

Ikutlah badan masing-masing nak pantang moden atau tradisional. Yang penting, jaga kesihatan diri dan baby.

Sumber: Instagram Dr Say Shazril

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×