Taman tema air atau ‘waterpark’ SplashMania seluas 18 ekar, yang dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove sudah dibuka kepada orang ramai pada Isnin (6 Feb)!
Taman air ini menawarkan 39 tarikan termasuk 24 gelongsor air serta boleh memuatkan seramai 4,000 pengunjung pada satu-satu masa. Menarik betul!
Baca juga: 5 Tips Beli Tiket Flight Murah Dari Biasa
SPLASHMANIA TAWAR PENGALAMAN LUAR BIASA, SLIDE VR PERTAMA DI MALAYSIA
Menjadi tarikan utama bagi SplashMania adalah mempunyai ‘Shaka Waka’, slide air multimedia dan audio sepanjang 78m yang dipasang dengan pelbagai lampu LED berwarna! Memang pengalaman menaiki Shaka Waka ini merupakan sesuatu pengalaman yang luar biasa dan ‘adrenaline rush’!
@anisaffandi00 Biggest waterpark in Asia, SplashMania at Gamuda Cove will open to public starting this 6th February! 🥳🥳 #fyp #traveltiktok #splashmania
Satu lagi slide dipanggil ‘Atlantis VR’, yang memerlukan pelawat memakai peranti realiti maya (VR) semasa menuruni slide. Tarikan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Bukan itu sahaja, menjadi ‘ikon’ bagi SplashMania yang anda boleh nampak dari jauh adalah turut menampilkan ‘Amazonia Ship’, tarikan terdiri daripada tiga tingkat dengan ketinggian 180 m dan dilengkapi dengan dua gelongsor bersudut 45 darjah dan sebuah restoran.
Jangan risau, bagi anda yang ingin membawa anak-anak yang masih kecil, SplashMania juga menyediakan kemudahan permainan air mesra kanak-kanak. Bukan mak ayah sahaja dapat enjoy, malah anak-anak pun boleh ikut turut serta!
Ramai tertanya-tanya tentang harga bukan? Untuk promosi ‘early bird’ harganya sangat berbaloi iaitu hanya berharga RM79 untuk dewasa dan RM63 untuk kanak-kanak, selepas tempoh promosi tiket akan dijual pada harga RM125 (dewasa) dan RM95 (kanak-kanak), manakala kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah ketinggian 0.9 m.
Jom jom! Anda hanya perlu layari laman web gamudaland.com.my/gamudacove/splashmania/ untuk dapatkan info dengan lebih lanjut.