Hebahan

Waspada Scammer! Siraplimau Nafi Terlibat Penipuan ‘Follow’ Akaun Media Sosial Untuk Dapatkan Duit

14
SHARES

Kami mengambil maklum tentang tawaran kerja oleh pihak tidak bertanggungjawab (scammer) yang menggunakan jenama platform kami, SirapLimau untuk aktiviti penipuan wang.

SCAMMER MENYAMAR JADI AGENSI PR, TAWAR PULANGAN TUNAI IKLAN PEKERJAAN DI SIRAPLIMAU

Modus operandi scammer tersebut seperti yang ditunjukkan dalam beberapa tangkapan skrin di bawah, menggunakan teknik berpura-pura menjadi Agensi PR terkenal (S+L PR) dengan menawarkan pekerjaan sambilan berkaitan media sosial.

Tugasan yang diberikan sangat mudah, mangsa hanya perlu ‘follow’ laman media sosial (Siraplimau) di Instagram. Sebagai balasan, mangsa akan mendapat sedikit wang dalam bentuk pulangan tunai.

Setelah mereka mendapat kepercayaan dan mangsa telah melakukan tugas pertama mereka, scammer tersebut kemudiannya akan menjemput mangsa ke saluran Telegram mereka yang sebenarnya adalah halaman ‘crypto’ yang diwujudkan khas untuk tujuan membeli dan menjual.

Adalah ditegaskan bahawa Sirap Limau tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk menghubungi individu melalui teks, media sosial dan/atau whatsapp untuk sebarang urusan seperti yang dinyatakan. Anda boleh layari laman web rasmi kami di www.siraplimau.com atau platform media sosial rasmi iaitu Facebook @mysiraplimau dan Instagram @mysiraplimau untuk info-info yang menarik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×