Inspirasi

[FOTO] Terlalu Cantik Untuk Sukan, Kejelitaan Atlet Bola Tampar Dari Kazakhstan Curi Tumpuan!

1.8K
SHARES

Siapa sangka gadis yang memiliki susuk tubuh langsing dan berketinggian enam kaki, rambut hitam panjang mengurai, hidung mancung serta bibir mungil ini merupakan seorang atlet! Tidak hairanlah atlet bola tampar Kazakhstan ini menjadi perhatian ramai peminat sukan. Bukan hanya dipuja kebanyakan kaum lelaki bahkan golongan wanita juga mengagumi kecantikan Sabina Altynbekova ini. Macam model!

Kecantikan Sabina mula menjadi tumpuan ketika dia menjadi salah seorang pemain bola tampar bagi negara kelahirannya, Kazakhstan. Dia menjadi vrial dan meraih perhatian luar biasa ketika menyertai Asian Junior Women’s Volleyball Championship di Taipei, Taiwan pada tahun 2014 ketika Sabina baru berusia 17 tahun. Disebabkan bakat dan wajah cantik Sabina dalam sukan ini, dia terus menjadi bualan sensasi di internet dan pernah mendapat jolokan ‘The World’s Most Beautiful Volleyball Player’.

TERLALU CANTIK UNTUK JADI ATLET

Namun, terdapat segelintir pihak mempersoalkan penglibatannya dalam bidang sukan kerana beranggapan wanita cantik sepertinya tidak sesuai memilih kerjaya sebagai atlet bola tampar. Mana tidaknya, wajah cantik Sabina sentiasa menjadi bualan berbanding bakatnya dalam arena sukan berkenaan.

Setiap kali kelibat Sabina muncul dalam sesuatu pertandingan, penonton akan memberi sepenuh tumpuan kepada wanita berusia 24 tahun ini. Disebabkan ‘tumpuan’ itu, jurulatih Sabina kurang senang dengan limelight yang diberikan kepada atlet cantik ini kerana ia memberi kesan dan mengganggu perhatian pemain yang lain. Ini menyebabkan Sabina jarang mendapat peluang beraksi dalam beberapa perlawanan.

SUDAH LANCARKAN JENAMA PAKAIAN SUKAN SENDIRI

Pada tahun 2015, Sabina menerima tawaran agensi sukan Jepun, Dentsu. Dia kemudian bermain untuk pasukan GSS Sunbeams menerusi Japan Challenge League ll selama beberapa bulan. Sebelum kembali ke Kazakhstan, Sabina mengembangkan karier profesionalnya dengan sebuah kelab bola tampar di Dubai dikenali sebagai Al-Wasl.

Dengan tercetusnya fenomena kerana wajah cantik Sabina dalam sukan bola tampar sehingga dikenali di serata dunia, jelitawan ini berjaya meraih lebih sejuta pengikut di laman Instagram. Ia pastinya menjadi medium terbaik buat Sabina untuk terus dikenali dan mengembangkan bakat dalam bidang yang diminati. Khabarnya, Sabina sudah melancarkan jenama pakaian sukan miliknya sendiri iaitu ‘S20’ yang menawarkan rekaan pakaian sukan dan aksesori berkaitan.

Sumber: Sabina Altynbekova

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×