Famili

Wanita Kongsi Kisah Anak Derita Cerebral Palsy Gara-Gara Pengasuh Suka Lambung & Biar Menangis

52
SHARES
anak hidap cerebral palsy

Kisah pengasuh tidak kira di pusat jagaan atau di rumah seringkali dikaitkan dengan kes penderaan. Tidaklah semua, namun ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudah mula risau untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan dek kerana hal ini. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini dimana anaknya menghidap penyakit cerebral palsy gara-gara kecuaian pihak pengasuh.

WANITA KONGSI BAGAIMANA ANAK HIDAP CEREBRAL PALSY

anak cerebral palsy

@medinascarveAnak Syurga Ibu Insyallah ##fyp ##fypシ♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli – رمضان

Di TikTok,seorang wanita bernama Linda berkongsikan kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang gkini berada di Tingkatan 1, disahkan menghidap Cerebral Palsy. Biarpun sudah 13 tahun peristiwa hitam tersebut berlaku, namun kesannya sehingga ke hari ini.

LAHIR NORMAL, USIA 3 BULAN MASUK WAD KERANA OTAK BENGKAK

cerebral palsy

Menurut kisah tersebut, anaknya dilahirkan dalam keadaan yang normal namun pernah dimasukkan ke wad hospital ketika berusia 3 bulan. Ketika itu, doktor mengesahkan bahawa Azfar mengalami pendarahan sehingga menyebabkan otaknya bengkak. Ia dipercayai berlaku kerana sering dilambung serta dibiarkan menangis lama oleh pengasuh.

@medinascarveAnak syurga ibu Part 2 @nurulayuni98 ##fypシ ##fyp♬ Rindu setengah mati cover by ramadanramli – رمضان

Walaupun sudah menjalani beberapa rawatan termasuk pembedahan, anaknya masih tidak dapat berjalan serta melihat secara normal. Memang banyak perkara terjadi, namun Linda tidak membuat laporan polis apabila mengenangkan usia pengasuh tersebut sudah tua.Tambahnya pula, pengasuh tersebut tidak pernah datang menjenguk langsung apabila anaknya dimasukkan ke dalam wad ketika itu.

@medinascarveBalas kepada @erinjalal memaafkan lebih baik ##fyp ##fypシ♬ original sound – 🦋B E Y B Y🦋 – Tik Toker

Sumber: Medinascarve

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×