DIY & Kraf

Wanita Ini Kongsi Cara Masak Nasi Tanpa Kanji, Lebih Sihat!

41
SHARES

Nasi merupakan makanan ruji di Malaysia dan juga negara lain. Kalau di negara kita, bermula sarapan pagi sudah dihidangkan nasi seperti nasi lemak, nasi kerabu dan lain-lain. Antara ungkapan yang sering kita dengar juga ialah kalau mahu kurus dan diet, nasi merupakan musuh utama kerana kandungan kanji yang tinggi dan akan menganggu proses penurunan berat badan.

Oleh itu, pengguna Facebook dikenali sebagai Noreez Rahmat ada berkongsi satu trick untuk memasak nasi tetapi secara sihat. Kenapa lebih sihat? Kerana kanji dalam nasi tersebut telah dikurangkan. Kena cuba la nampak gayanya..

Baca juga: Cara Bersihkan Beras Berkutu Guna Oven, ‘Confirm’ Putih & Bersih!

WANITA INI KONGSI CARA MASAK NASI TANPA KANJI

Cara masak nasi sihat tanpa kanji. Mudah dan murah. Jom cuba.

1. Rebus beras dengan air yang banyak

2. Biarkan mendidih dan separuh masak

3. Kemudian, buangkan air kanji dan bilas menggunakan air dari paip air

4. Selepas itu, toskan nasi dan masak dalam rice cooker. Jangan tambah air ok

5. Bila dah masak, gemburkan nasi dan sedia untuk dihidangkan

Masak macam ni lebih mudah sebab tak perlu nak letak air dan tak perlu sukat air. Nak buat nasi goreng nanti pun cantik je kejadiaanya. Untuk diet memang lagi sesuai. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Noreez Rahmat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×