Rakyat

Wanita Halau Kakak Ipar Yang Tumpang Rumah Selepas Dituduh Berkira

3
SHARES

Kebaikan hati seorang wanita membenarkan kakak iparnya menumpang di rumah miliknya bertukar menjadi konflik apabila wanita itu dituduh berkira sebelum dia bertindak menghalau kakak iparnya keluar dari rumah.

Difahamkan, kakak iparnya menumpang di rumah bersama cahaya matanya yang berusia lapan tahun, lapor laman berita Kosmo semalam.

Baca juga: Demi ‘Content’ Ibu Bapa Sendiri Sanggup ‘Upload’ Aib Anak, Hentikan!

WANITA DITUDUH BERKIRA, KAKAK IPAR KENA HALAU

Gambar hiasan: AdobeStock.

Menerusi sebuah video dikongsi oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Peter, perselisihan faham itu bermula apabila wanita itu membelikan kotak makan tengah hari mahal untuk dibawa anaknya ke sekolah.

Menurut wanita itu, kakak iparnya kemudian memberikan kotak makanan terbabit kepada anaknya yang berusia lapan tahun itu.

“Bila aku tanya dia jawab takkan dengan anak buah nak berkira, siap mengadu dekat ibu mentua.

“Selepas mertua WhatsApp, aku suruh dia kemas barang hantar dia balik rumah mentua. Orang macam ini satu sen tidak berguna,” tulisnya.

DAH BAGI TEMPAT TINGGAL PUN MASIH TIDAK MENGHARGAI…

Gambar hiasan: Suara.com.

Jelas wanita itu, kakak iparnya dilihat selesa selepas dia berkorban menanggung tempat tinggal dan makan minum untuk dua beranak itu.

“Yang dia tahu, bangun tidur tanya tidak masak ke?

“Suruh cari kerja, dia jawab masih belum bersedia,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial lain menyokong tindakan wanita berkenaan menghalau kakak iparnya keluar dari rumah.

“Suruh dia duduk dengan mentua, baru tahu langit tinggi atau rendah,” komen Viktoria.

“Memang patut keluar dari rumah, tidak boleh tumpang dan hadap hidup rumah tangga orang lain macam ini. Yang tidak melalui tidak akan faham,” ujar Eza.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×