Tular sebuah video di laman TikTok milik Malaysia Secret Society di mana seorang wanita didakwa telah mencuri wang tunai sewaktu berada di majlis perkahwinan.
Difahamkan kejadian ini berlaku di Kampung Tasek Berangan, Kelantan dan wanita berkenaan telah mencuri wang tunai berjumlah RM2,500.
Baca juga: Tak Sangka Selalu Masuk Angin Rupanya Sebab Ada Kanser, Patutlah Asyik Tak Sedap Badan!
MAKCIK ‘CURI’ WANG TUNAI DI MAJLIS PERKAHWINAN
Video kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan wanita bertudung memakai baju kurung berada di dalam rumah tersebut selepas dilihat keluar dari tandas.
Dia dikatakan menyamar sebagai tetamu kenduri meminta kebenaran untuk menggunakan tandas sebelum melarikan wang tunai yang terdapat di ruang tamu.
Sewaktu kejadian berlaku, terdapat dua kanak-kanak bermain di ruang tamu tersebut namun tidak dihiraukan oleh wanita berkenaan.
Dia dengan segera mengambil beg yang diletakkan di atas almari dipercayai milik tuang yang mengandungi wang tunai bernilai RM2,500.
Wanita berkenaan disyaki tidak diundang ke majlis terbabit serta tidak dikenali oleh tuan rumah. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung video yang tular itu.
Sehingga kini, video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan dan sudah pastinya dibanjiri komen warganet yang rata-rata turut terkejut dengan tindakan makcik tersebut.
“Elok juga kalau rumah ada CCTV macam ini. Dulu kenduri di rumah saya pun pernah berlaku tapi tak tahu siapa perlaku sebab tak dapat tengok,” komen warganet.
Baca juga: “Saya Akan Teman Dia” – Isteri Hidap Kanser Tulang Tahap 4, Suami Reda Dengan Ujian Allah…