Suami Isteri

“Saya Akan Teman Dia” – Isteri Hidap Kanser Tulang Tahap 4, Suami Reda Dengan Ujian Allah…

45
SHARES
kanser tulang

Seorang suami sanggup mengambil cuti demi menjaga dan menguruskan isteri tercinta yang sedang sakit akibat menghidap kanser tulang tahap empat.

Muhammad Saifudin, 27, meluahkan bahawa dia tidak pernah sesekali terlintas di fikiran untuk meninggalkan isteri dan membiarkan bersendirian.

Baca juga: Telinga Anak Putus Digigit Kuda Ketika Di Ladang, Bapa Dedah Kronologi Sebenar…

ISTERI HIDAP KANSER TULANG TAHAP 4, SUAMI SETIA DI SISI

KANSER TULANG

“Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk tinggalkan isteri dan biarkannya sendirian dalam kesakitan, saya akan temaninya selagi diizinkan Allah SWT,” ungkapnya.

Nurul Fatihah Noor Aslam, 25 yang kini berada Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, sedang menjalani kemoterapi dan barah dihidapi menyebabkan ada ketumbuhan yang membengkak pada bahagian tulang bawah mata kanannya.

Menurut suaminya, kisah duka ini bermula pada Oktober 2024 apabila isteri tersayang menunjukkan simptom luar jangkaan iaitu kebas di bahagian bawah mata dan tulang pipi.

Dia bergegas membawa Fatihah ke klinik namun dirujuk ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut.

“Keputusan pemeriksaan awal negatif, tetapi kali kedua positif, sekali gus mengesahkan isteri menghidap barah. Mulanya terkejut bila dapat tahu kerana dalam sejarah keluarga isteri, tiada yang menghidap barah namun kini, saya sudah reda.

“Isteri pula agak kecewa pada mulanya. Kini, dia juga lebih banyak termenung serta tidur,”  jelasnya.

KANSER TULANG

Selain menjalani tiga kitaran rawatan kemoterapi, Fatihah juga perlu melakukan pembedahan bahagian wajah kerana ketumbuhan itu sudah mula membengkak sehingga menutup mata kanan selain merebak ke sebahagian hidung dan mulut.

Pembedahan perlu dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kes isterinya ini agak jarang berlaku dan melibatkan bahagian mata.

Difahamkan, doktor akan mengambil kulit paha untuk ditampal pada wajah isteri namun hanya boleh dilakukan selepas kemoterapi selesai dilakukan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang puteri bernama Nur Qaleesya Dania yang berumur setahun empat bulan.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam di 06082023643007 atas nama Nurul Fatihah Noor Aslam.

Baca juga: Budak OKU Alami Pendarahan Teruk Selepas Berkhatan, Terpaksa Tahan Sakit Selama 8 Jam!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×