Masih ramai dalam kalangan kita yang beranggapan bahawa sekiranya mengalami sakit berterusan, itu merupakan tanda kanser. Namun menerusi perkongsian di Facebook milik Public Health Malaysia, sebenarnya ada tanda-tanda halus yang anda selalu abaikan.
Jangan terkejut kalau gejala yang dianggap biasa rupanya boleh menjadi petunjuk awal tanda kanser. Nak tahu apa? Ikuti penjelasan lanjut di bawah ini.
Baca juga: Bila Jaga Anak Demam Di Rumah, Ikut Tips Doktor Kongsi Ini! No.2 Ramai Yang Tak Tahu Lagi…
TANDA KANSER YANG TAK DISANGKA-SANGKA

Freepik
Antara tanda kanser yang sering tidak disedari:
1. Batuk berpanjangan atau suara serak
Sekiranya berlaku lebih dari 3 minggu, jangan anggap ia cuma batuk biasa.
2. Tanda kanser – luka yang lambat sembuh
Jangan ambil ringan terutamanya di bahagian mulut atau kulit kerana ia boleh jadi tanda awal kanser.
3. Perubahan pada najis atau air kencing
Perubahan seperti berlakunya sembelit, cirit-birit berterusan, atau darah dalam najis? Ini boleh menjadi tanda kanser usus.
4. Penurunan berat badan mendadak
Jika berlaku penurunan berat badan tanpa diet atau senaman, ini mungkin petunjuk sesuatu yang serius.
5. Tanda kanser – rasa letih melampau
Bukan sekadar penat biasa tetapi letih yang tidak hilang walau sudah cukup tidur.
6. Perubahan pada kulit
Perubahan pada kulit berlaku seperti tompok gelap, tahi lalat yang berubah bentuk atau warna, boleh jadi petanda awal kanser kulit.
7. Kembung perut berpanjangan
Kembung perut yang tidak surut walaupun selepas perubahan diet atau rawatan asas boleh menjadi petunjuk kepada kanser tertentu, seperti kanser ovari atau kanser perut.
8. Tanda kanser – sakit tak hilang
Kesakitan yang berpanjangan dan tidak elok walaupun dengan ubat boleh menandakan kewujudan kanser yang menekan saraf atau organ tertentu.
9. Benjolan di badan
Benjolan yang tidak sakit, membesar secara perlahan dan tidak hilang selepas beberapa minggu boleh menjadi tanda awal kepada kanser payudara dan kelenjar limfa.
10. Pendarahan luar biasa
Tanda kanser yang tidak disangka-sangka akhir sekali adalah pendarahan luar biasa dan tanpa sebab jelas boleh menjadi tanda kanser pada organ tertentu.
Jika ada simptom yang berlarutan atau luar biasa, dapatkan pemeriksaan segera. Kanser yang dikesan awal lebih mudah dirawat
Sayangi diri, jangan tunggu sehingga terlambat.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Hukum & Punca Orang Perempuan Beronani, Ada Yang Mengaku Hubungan Intim Lebih Puas, Benarkah?
Sumber: Facebook Public Health Malaysia