Cantik

Wajah Dah Ada Tanda Penuaan? Haa..Anda Kena Check 3 Perkara Ni Kalau Nak Tahu!

2
SHARES

Kulit wajah yang cantik adalah aset bagi wanita. Apabila usia meningkat, kulit wajah akan mula nampak perubahan. Penuaan boleh berlaku awal kalau anda tak jaga kesihatan kulit korang dengan betul.

Ramai yang nakkan kulit wajah yang sihat dan cerah. Tapi ada juga yang bersikap acuh tak acuh dan mula mengabaikan beberapa tanda penuaan yang mereka miliki. Ini antara tanda-tandanya!

Muncul garis halus dan kedutan

Paling obvious! Kemunculan garis-garis halus atau kedutan di sekeliling mata adalah tanda penuaan wajah. Ramai yang tak sedar biasanya garis atau kedutan ni lebih kelihatan bila tersenyum.

Bila kulit hilang keanjalan dan pengeluaran kolagen berkurang, terhasil garis yang dipanggil kedutan. Ia boleh disebabkan beberapa faktor seperti pendedahan matahari, gaya hidup, dan ekspresi muka yang berulang.

Ada bintik-bintik penuaan

Tanda seterusnya ialah wajah anda mula nampak bintik-bintik penuaan. Biasanya ia muncul pada kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari. Bintik-bintik hitam ni dipanggil hiperpigmentasi.

Ia berlaku apabila melanin yang dihasilkan oleh kulit menjadikan kawasan tertentu kelihatan lebih gelap secara kekal. Bintik-bintik penuaan ni la yang buatkan wajah anda terlihat lebih tua.

Kulit wajah kering & kusam

Apabila usia semakin meningkat, kulit akan mengalami penurunan kadar pertumbuhan semula sel. Akibatnya, sel kulit mati akan terkumpul di permukaan kulit dan menyebabkan wajah kelihatan kering dan kusam.

Oleh itu, anda yang sering berada di tempat berhawa dingin tu jangan sampai tak sedar kulit kering tau. Kulit kering dan kusam boleh buatkan wajah anda terlihat tua. Tak nak la macam tu!

Di Malaysia, ramai yang dah cuba pelbagai produk anti-penuaan. Tapi janji hanya tinggal janji. Bila dah gagal, mula la ragu sampai putus asa nak jadi awet muda.

Jangan give up dulu guys. Ada berita baik. Kami dah jumpa trik untuk anda atasi masalah penuaan. Ini dia!

Pakai Serum Anti-Spot No.1^ Dunia, kini dengan penyelesaian 2-dalam-1 untuk kurangkan bintik penuaan & kedutan!

Masih ingat lagi Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Spot pernah viral sejak ia dikeluarkan pada tahun 2019? Serum ni dirumus khas untuk kurangkan bintik hitam dan garis halus. Ramai yang puas hati dengan hasilnya. Serius efektif!

Paling unik, Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Spot menampilkan ramuan dipatenkan LUMINOUS630 yang merupakan inovasi terobosan dengan kemuncak penyelidikan selama 10 tahun dan penapisan melalui 50,000 sebatian.

Serum ni telah diluluskan secara ujian dermatologi, terbukti sekurang-kurangnya 10X lebih berkesan** daripada bahan pencerah terkemuka untuk cerahkan bintik hitam. Malah, ia telah menjadi Serum Anti-Spot No.1^ Dunia tau. Hebatnya!

Terdapat kajian klinikal di kalangan wanita Malaysia yang menggunakan Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Spot. Paling terkejut, 90% daripada bintik-bintik penuaaan kelihatan berkurangan dalam masa 2 minggu* tanpa merosakkan kulit. Wow!

Tak cukup dengan tu, NIVEA mula buat comeback dengan formula baru yang dipertingkatkan. Kali ni NIVEA keluarkan serum terbaru NIVEA LUMINOUS630  yang membantu menyelesaikan masalah bintik-bintik penuaan dan kedutan!

Wajah awet muda dengan Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot

Banyak rangkaian Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Spot yang ada. Paling terbaru ialah Serum 2-dalam-1 NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot. Pilihan tepat untuk anda yang ada masalah bintik-bintik penuaan dan kedutan!

Serum ni mengandungi bahan anti-spot terobosan – LUMINOUS630 bersama formula anti-penuaan dan penggalak kolagen. Ia bertekstur ringan yang mengurangkan 10 tahun bintik hitam terkumpul akibat penuaan.

Kajian bertahun-tahun oleh saintis kulit Jerman membawa kepada inovasi terobosan yang terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik penuaan sebanyak 90% tanpa merosakkan kulit.

Hanya dalam masa 7 hari, anda akan nampak perubahan yang ketara pada kulit. Bukan setakat bintik-bintik penuaan dan kedutan mendalam jadi berkurang, malah kulit wajah jadi lebih anjal dan awet muda tau.

Senang cerita, selepas guna Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot, anda akan terkejut tengok hasilnya nanti. Susah nak percaya!

Siapa je yang tak nak kulit wajah flawless, cantik, berseri dan awet muda? Semua nak. So, anda yang ada masalah bintik-bintik penuaan dan kedutan tu, jangan dibiarkan tau. Malu dibuatnya!

Jom pakai Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot ni. Kasi setel semua bintik-bintik penuaan dan kedutan yang ada!

Berminat untuk memiliki Serum NIVEA LUMINOUS630 Anti-Age & Spot? Anda boleh dapatkannya di cawangan Watsons berdekatan atau secara online di laman web Watsons. Nak beli online di Shopee dan Lazada pun boleh!

^Analisis Nielsen IQ, Market Track, pasaran Face Care Anti Spot Serum (kategori ditentukan oleh pelanggan) di 36 buah negara (ditentukan oleh pelanggan), Jualan Nilai dalam EUR, Jumlah Pek Jualan, Mei 2021 – April 2022.
*Berdasarkan kajian yang dilakukan pada kulit wanita Malaysia, 2023.
**Berbanding dengan 4-Butylresorcinol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×